KLANG 3 DIS : Kerajaan Selangor akan mula memantau setiap pemilik lesen perniagaan bagi memastikan mereka betul-betul mengendalikan perniagaan mereka sebagai usah menghapuskan amalan "rentier" atau "ali baba" yang menjadi kebiasaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang lama.
Sehubungan itu, Kerajaan negeri akan menarik balik lesen daripada pemilik yang didapati "menyewakan" lesen atau tapak perniagaan mereka kepada orang lain, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Usaha ini adalah untuk memupuk budaya "owner-operator" atau pemilik-pengusaha di kalangan usahawan Selangor yang mana hanya mereka yang layak, berkemampuan dan benar-benar mahu mengendalikan perniagaan mereka akan diberi lesen.
Dasar tersebut adalah berbeza dengan budaya dulu, dimana lesen diberikan berdasarkan hubungan politik penerima lesen dan pemimpin pentadbiran.
Usaha ini adalah untuk memupuk budaya "owner-operator" atau pemilik-pengusaha di kalangan usahawan Selangor yang mana hanya mereka yang layak, berkemampuan dan benar-benar mahu mengendalikan perniagaan mereka akan diberi lesen.
Dasar tersebut adalah berbeza dengan budaya dulu, dimana lesen diberikan berdasarkan hubungan politik penerima lesen dan pemimpin pentadbiran.
"Kita tak galakan rentier society. Ini kumpulan reformasi bukan kumpulan Umno. Kita galakan owner-operator. Kalau dia nak jadi tawkey-penyewa. Kita tak galakan dia kerja sini lagi lah."
Abdul Khalid berkata, bagi melaksanakan dasar ini, pihak berkuasa tempatan akan memantau setiap pemilik lesen bagi memastikan pengarah syarikat serta tuan-punya lesen, bekerja di premis mereka sekurang-kurangnya 35 jam seminggu.
Bagi memastikan pemberian dan pemantauan lesen berlaku dengan telus, nama setiap pemilik lesen, syarikat yang didaftarkan pada lesen dan pemegang saham syarikat akan dipamerkan pada orang awam.
Dasar ini akan melibatkan sekurang-kurangnya 30 ribu pemilik lesen perniagaan di seluruh Selangor daripada pengusaha kecil makanan dan minuman sehingga pemilik industri sederhana seperti kilang pembuatan.
"Kita tidak boleh memberi lesen-lesen kepada kawan-kawan ataupun saudara mara ia mesti diberikan berasakan keupayaan dan kebolehan," Abdul Khalid berkata selepas merasmikan program "Selangorku Medicare" di Taman Rakyat, Jalan Kebun di sini hari ini.
"Ada kalanya kita dapati pemilik lesen adalah masyarakat Selangor tetapi pengendali lesen adalah orang asing. Kita nak kurangkan. Kita nak hapuskan semua tak boleh tapi kita nak kurangkan."
Kerajaan Negeri telah memperuntukan masa enam bulan hingga ke setahun bagi memberi peluang pemilik lesen dan pihak berkuasa menyesuaikan diri dengan dasar tersebut sebelum ia mula dilaksanakan
0 comments:
Post a Comment