KUALA LUMPUR 16 DIS: Kesan dari pemborosan, salah urus dan ketirisan dalam kerajaan sekarang telah mengakibatkan hampir 70 peratus generasi muda di bawah 25 tahun tiada pekerjaan.
Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanggungjawab pemerintah bukan sekadar menyediakan ruang pelajaran yang baik dan sempurna tetapi perlu bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
"Lebih dari 342,198 golongan tidak bekerja telah mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia setakat Ogos 2011, manakala 69.1 peratus adalah dibawah 25 tahun.
"Kalau dimasukkan mereka yang berumur 30 tahun pula nilainya hampir 90.1 peratus. Dan 51.4 peratus dari golongan ini adalah bekas graduan yang sekurang-kurangnya pemegang diploma," kata Anwar di majlis ucaptama Debunking ETP: Widening Income Gap (Menjawab ETP : Melebarkan Jurang Pendapatan) malam tadi.
Katanya, angka tersebut hanya melibatkan dikalangan mereka yang berdaftar.
Menurut Anwar, kesan dari tekanan terhadap generasi muda ini akan mengakibatkan generasi penerus berada dalam keadaan merbahaya.
"Ini amat membimbangkan kita, keutamaan perlu diberi penekanan kepada golongan muda ini dalam usaha memberi latihan kemahiran yang tidak memilih kaum, bangsa dan fahaman politik.
"Kita tidak mahu lagi melihat generasi muda ketiadaan pekerjaan disebabkan oleh kerajaan yang ada sekarang terlalu boros dan salah urus negara hingga anak-anak muda ini tidak mempunyai masa depan," jelas beliau lagi.
Katanya lagi dalam bancian pada 2009 yang mengambil maklumat dari 24,000 majikan dengan 1.3 juta pekerja mendapati 33.8 peratus memperoleh pendapatan dibawah RM700 sebulan.
Berdasarkan angka tersebut menurut beliau menunjukkan hampir 34 peratus dari pekerja di negara ini mempunyai pendapatan dibawah paras kemiskinan.
Sehubungan itu katanya usaha Pakatan Rakyat memperuntukan gaji minima RM 1,500 sebulan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga bertujuan membebaskan golongan pekerja dari belenggu kemiskinan.
Sumber: TVSNEWS
1 comments:
Hi there, we have recently commented on this issue offering up our point of view on several misconceptions and false assumptions on the ETP.
You can find our response to this on our blog at http://bit.ly/vRJHC8
Post a Comment