Perutusan Tahun Baru dari YB Dr Xavier Jayakumar


Tahun 2009 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat dengan pelbagai program kemasyarakan dan pembangunan demi kepentingan peningkatan taraf hidup rakyat negeri Selangor diadakan dengan jayanya.

Melalui Kerajaan Negeri, program-program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor telah djalankan dengan giatnya. Antaranya Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Skim Mesra Usia Emas, Bantuan Peralatan Blueprint kepada golongan peniaga dan usahawan kecil sederhana dan program membantu mengurangkan masalah pengangguran seperti yang diwujudkan Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC).

Kerajaan Negeri Dahulukan Rakyat




Kerajaan Negeri menyokong cadangan menaikkan bantuan saraan bulanan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) diselaraskan mengikut keperluan hidup semasa.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika diminta mengulas saranan MIC kepada Kerajaan Pusat supaya bantuan saraan bulanan untuk golongan terpinggir ini dinaikkan dari RM350 ringgit kepada RM500 ringgit.

Kerajaan Negeri Agih 40,000 Beg Sekolah




Sempena sesi persekolahan akan datang, Kerajaan Negeri memberikan 40,000 beg sekolah percuma kepada setiap Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Exco Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar berkata setiap Dun mendapat 700 beg sekolah, yang akan diagihkan kepada penduduk setempat oleh wakil rakyat masing-masing.

"Pemberian ini adalah satu cara kerajaan negeri meringankan beban rakyat terutamanya di musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi", katanya.

Kerajaan negeri Selangor terus menasihati orang ramai di negeri ini supaya berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga menghadapi gelombang kedua selesema babi atau influenza A (H1N1).

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata walaupun kini negara bebas jangkitan wabak itu namun langkah pencegahan seperti yang disarankan sebelum ini perlu diamalkan bagi membendung jangkitan virus tersebut.





Seramai 800 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pelbagai kaum seluruh negeri menerima sumbangan berjumlah 120 ribu ringgit daripada kerajaan negeri sempena sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Sumbangan berupa wang tunai 50 ringgit, beg sekolah, set geometri dan kalkulator disampaikan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar kepada kumpulan pelajar cemerlang yang berasal dari keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan ke bawah ini.




Seramai 250 pelajar daripada golongan berpendapatan rendah menerima sumbangan kasut sekolah berjumlah RM5,000 daripada Exco Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas berkata, sumbangan berupa vaucer RM20 itu diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh kawasan DUN Sri Andalas bagi membantu mengurangkan bebanan ibu bapa menjelang musim persekolahan baru.




Menjelang pembukaan sesi persekolahan, dalam usaha meringankan beban golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan Kerajaan Negeri bakal menyumbangkan beg sekolah kepada 40 ribu pelajar di seluruh Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, kesemua beg itu dijangka akan diserahkan sebelum 30 Disember ini.

“Kita akan bagi beg sekolah kepada 40,000 murid di seluruh negeri Selangor, di Dun Andalas kita akan



Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar membuktikan keprihatian wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Meluangkan masa bertemu dengan penduduk sekitar Kampung Jawa semalam dapat melegakan hati dan menyelesaikan masalah penduduk kawasan itu berhubung masalah saliran tersumbat.

Bercakap kepada TvSelangor dalam lawatan itu, Dr Xavier mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengenal pasti punca masalah saliran tersumbat itu.



Shah Alam, 16 Disember 2009 - Sambutan Hari Krismas UPEN yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dipengerusikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar telah diadakan semalam.

Ini adalah merupakan kali pertama program seperti ini diadakan sempena Hari Krismas. Biasanya program seperti ini hanya diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidilfirtri.

Sejumlah RM45,000 telah disumbangkan kepada 15 buah rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak istimewa yang telah dipilih dari seluruh negeri Selangor. Setiap rumah

Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2009

Media Alert

Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2009


Tarikh: 21 Disember 2009 (Isnin)
Masa: 10 Pagi - 1 Petang
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang akan memberikan hadiah wang tunai dan peralatan sekolah kepada 800 pelajar dari seluruh Negeri Selangor.

Sila hubungi Pn Shares (03-5544 7306) / Pn Sangetha (017-637 2502) untuk maklumat lanjut.

Pihak media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Lawatan Kawasan Banjir di Kampung Jawa

Media Alert


Lawatan Kawasan Banjir di Kampung Jawa


YB Dr. Xavier Jayakumar akan melawat Kawasan Banjir di Kampung Jawa, Klang (Dalam Dun Sri Andalas) bersama MPK, JPS dan Pejabat Tanah/Daerah Klang

Tarikh: 15 Disember 2009 (Selasa)

Masa: 3.30 Petang

Tempat Berkumpul: Pusat Khidmat DUN Sri Andalas (Atas Pasaraya Kampung Jawa), Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, Klang

Contact Person : Syed Putra Syed Isa ( Setiausaha DUN Sri Andalas) - 012-9152107



Sejumlah RM800,000 peruntukan berupa barangan keperluan sekolah disediakan kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan sempena promosi kembali ke sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A Xavier Jayakumar berkata, peruntukan itu diberikan kepada semua penerima yang terdiri daripada pelajar berusia 7 tahun hingga 13 tahun seluruh Selangor.

Menurutnya, sebanyak 40 ribu beg sekolah bernilai lebih RM600,000 disediakan selain keperluan sekolah
SHAH ALAM, 11 Disember - Acara Larian Rakyat sempena sambutan keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang ke-64 pagi tadi berlangsung dengan meriah.

Seawal 6.30 pagi lagi, orang ramai yang menyertai acara larian ini berkumpul di I-City, seksyen 7 Shah Alam dan peserta dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada jam 7.30 pagi.

Penyertaan seramai 1500 peserta itu mempertandingkan lapan kategori acara antaranya, 10 kilometer, tujuh
"MEDIA ALERTS"

Program Pada JUMAAT 11/12/2009 - Jam : 3.30 Petang

YB Dr. Xavier Jayakumar akan bersama Datuk Bandar Shah Alam (dijangka turut serta) untuk satu program membeli pakaian sekolah bagi 48 orang anak-anak miskin di Pasar raya Mydin, Seksyen 18, Shah Alam. Majlis dianjurkan oleh MPP Zon 15, Majlis Bandaraya Shah Alam

Contact Person:
Encik Abdul Manaff Bin Yusoff (Pengerusi MPP Zon 15, MBSA) H/P:017-2902949
"Media Alerts"

Sukacita dimaklumkan bahawa, YB. Tuan Dr Xavier Jayakumar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin akan bersama-sama menghadiri lawatan tersebut.

Romobgan lawatan tersebut akan ke kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir sekitar Kampung Bukit Badak, Teluk Menegon, Sungai Kandis. Pihak media diminta berkumpul pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh: 8 Dis 2009 (Selasa)

Masa: 3.00 Petang

Tempat: Jalan Masuk Bukit Badak (berhampiran Connought Brigde), Klang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Encik Syed Puta (Setiausaha Kerja DUN Sri Andalas) ditalian 012-9152107.

WARTAWAN DAN JURUFOTO DIJEMPUT HADIR. TERTAKLUK KEPADA PINDAAN AKHIR.

10 Pesakit disah Positif H1N1




Seramai 10 pesakit disahkan positif virus influenza A (H1N1) daripada 234 pesakit yang mendapat rawatan di hospital sehingga semalam, tiga daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada tiga yang dimasukkan ke ICU, dua daripadanya berada dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

Klang, 6 Januari 2009 - Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama Majlis Perbandaran Klang di sambut dengan meriah. Padang Sultan Suleiman di Kota Raja yang menjadi tempat sambutan diadakan telah dibanjiri dengan orang ramai sejak petang lagi.

Rumah terbuka Krismas peringkat negeri Selangor yang julung-julung kali diadakan di Klang sejak kerajaan negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat dirasmikan oleh YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor.

Mereka yang hadir menjayakan sambutan tersebut terdiri daripada EXCO Kerajaan Negeri, para ADUN, pegawai-pegawai kerajaan, organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai yang memeriahkan suasana.




Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan beg sekolah percuma kepada 700 pelajar di setiap Dun di seluruh negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata agihan beg sekolah percuma itu akan dimulakan tiga minggu lagi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

"Kita telah bersetuju untuk mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah ‘untuk keseluruhan negeri Selangor,
MEDIA ALERT/ HEBAHAN MEDIA

JUMAAT 04/12/2009

9.00 Pagi
Program Penyerahan Kunci Rumah Program 'Kerajaan Prihatin' (4 buah rumah) dan sebuah kerusi roda (wheel chair) di Kampung Sesapan Minangkabau, Beranang

10.30 Pagi
Program Ramah Mesra Bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Semenyih

NOTA
Untuk kemudahan logistik, semua diminta berkumpul di Kompleks Penghulu, Pekan Semenyih pada pukul 8.45 Pagi sebelum berkonvoi ke dua-dua lokasi tersebut.

Contact Person - Encik Lee kai Ming ( 019-6649466) - Penyelaras DUN Semenyih



SHAH ALAM 02 Disember, 2009 - Satu sesi temuduga telah dijalankan di bangunan SUK untuk memilih Ketua Komuniti Kaum India untuk 42 buah kampung dan kawasan perumahan yang mempunyai ramai masyarakat India di seluruh Negeri Selangor.

Sesi temuduga diadakan selama dua hari bermula 30/11/2009 dan 1/12/2009.

Seramai 90 orang calon telah ditemuduga oleh panel pemilihan yang
top