SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.
“Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.

“Semua pihak harus memahami nilai hartanah di sekitar Lembah Klang tinggi, ditambah pula pelaburan negeri lebih tinggi berbanding negeri lain, jadi tidak mustahil mereka menaikkan cukai itu,” katanya ketika mengulas kenyataan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin mendakwa kenaikan cukai pintu sehingga 10 kali ganda berlaku di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang serta kawasan lain mulai tahun depan.
Abdul Khalid juga memaklumkan Kerajaan Negeri akan berjumpa dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan pihak terlibat berhubung isu kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan Januari depan.
Menteri Besar berkata, selepas perjumpaan itu, pihaknya akan mengadakan sesi penerangan kenaikan cukai, bagaimana proses dilakukan seterusnya keputusan hasil perbincangan itu.
“Setakat ini kita sudah membuatnya dengan telus, cara kita buat kiraan sangat telus dan kita boleh bagi beberapa potongan sementara sehingga selesai kenaikan kos itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Himpunan Artis Sayang Islam (HIAS).
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam negeri, Ahmad Zaki Arshad dan Exco Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment