PUTRA JAYA, 18 DIS: Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.
Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.
Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.
“Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.
Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.
Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.
“Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.
“Ada yang mempunyai MyKad merah, dah mohon lama untuk dapat MyKad biru, datang ke JPN berkali-kali, tetapi masih tak dapat sehingga ada yang dah hilang kepercayaan kepada JPN, berputus asa untuk mencuba lagi,” kata Dr Xavier selepas menyerahkan borang permohonan kepada pihak JPN.
Menurut Dr Xavier, jumlah permohonan yang dibawa ini merupakan sebahagian dari 300 ribu yang tidak mempunyai MyKad seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, N Surendran baru-baru ini.
“Selepas ini kami bawa lagi secara berperingkat, kalau perlu bawa pemohon juga kami akan usahakan,” kata Dr Xavier lagi.
Menurut Dr Xavier, ramai di antara pemohon MyKad tersebut merupakan golongan miskin tegar, tidak mempunyai pendidikan dan tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang prosedur permohonan MyKad.
“Mereka ini termasuklah warga emas dan miskin tegar, jadi mereka terlepas hak mereka untuk menerima pelbagai bantuan samada dari program Kerajaan Negeri mahupun dari Kerajaan Pusat,” katanya lagi.
Dr Xavier memberitahu lagi, selain golongan warga emas, masa hadapan golongan belia yang terlibat turut menjadi gelap apabila mereka tidak menerima sebarang pendidikan formal di sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan.
Dalam isu sama, Dr Xavier turut menggesa agar Exco berkaitan di negeri-negeri lain agar bertindak pro-aktif mengambil langkah sama menangani masalah warganegara yang tidak memiliki MyKad.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPN, Abu Hassan Dahaman menerima 631 permohonan MyKad biru dari Dr Xavier dan delegasinya.
Selain Dr Xavier turut sama dalam delegasi tersebut, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment