Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyerah kira-kira 631 fail bagi permohonan My Kad Merah Kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  dalam satu sesi pertemuan dengan pengurusan tinggi JPN petang tadi.

Fail dokumen tersebut diterima oleh Abu Hassan Bin Dahaman, Timbalan Ketua Pengarah - Pengurusan bagi pihak JPN.

Turut serta ialah Hassan Bin Wahid, Pengarah-Kewarganegaraan dan Wan Zakaria Wan Awang, Pengarah Siasatan & Penguatkuasa JPN.

Fail permohonan tersebut terdiri dari : 

54 orang bangsa Melayu / Islam & beberapa orang Indonesia yang telah lama bermastautin di Negara ini. 
·        110 orang permohonan masyarakat Cina.
·        467 orang dari masyarakat India.

# 144 lagi permohonan telah dihantar terus ke JPN cawangan Klang oleh 'MySel', sebuah pusat pendaftaran bagi kes-kes My Kad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan kelolaan Kerajaan Negeri Selangor berpejabat di Plaza MPK, Klang, Selangor.
Dokumen dan butiran Pemohon ini dikumpulkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam satu program perhimpunan Daerah Klang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 27 Mei, 2012 yang lalu.

Ini adalah bagi menyahut saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar berjumpa beliau bagi kes-kes melibatkan MyKad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan.

Walaubagiamana pun sejak Julai 2012 , empat pucuk surat telah dihantar kepada YB Menteri untuk mendapatkan temujanji bagi menyerahkan fail-fail tersebut tetapi tidak mendapat maklumbalas dari pihak YB Menteri.

JPN Putrajaya hanya memberi respon baru-baru ini apabila Pengarah - Bahagian Kewarganegaraan menghubungi pejabat YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor awal bulan Disember 2012 baru ini.

Dalam perbincangan singkat tersebut , YB Dr. Xavier telah membangkit isu pembayaran RM300 bagi penukaran My Kad Merah kepada My Kad Biru dimana katanya ramai kalangan Pemohon tidak mampu menjelaskannya.

YB Exco mencadangkan agar JPN memberikan senarai Permohonan (hanya rakyat Negeri Selangor sahaja ) yang telah lulus tersebut untuk dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringan beban kewangan Pemohon-pemohon  yang tidak berkemampuan tersebut..

Ekoran respon yang baik dari pihak JPN itu, ujar Dr. Xavier lagi Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengadakan  perhimpunan dan membuka kaunter pendaftaran yang dianjorkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengumpul  butiran pemohon- pemohon My Kad Merah di 8 buah daerah lagi di seluruh Negeri Selangor dan kemudiannya dolumen-dokumen tersebut akan diserahkan kepada pihak JPN. 






 

0 comments:

top