KLANG 15 DIS : Penduduk di sekitar Klang khususnya di Taman Sentosa dan Taman Klang Jaya diminta bersabar dengan kejadian banjir di kawasan mereka kerana projek mitigasi banjir dijangka akan siap tahun depan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kawasan tersebut sering dilanda bencana itu kerana pembangunan pada masa lalu yang tidak mementingkan aspek banjir.
“Kebanyakan taman perumahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air.
“Sebab itu, kerajaan membuat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman perumahan lama), perlu ada kolam tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam ucapannya di Sambutan Krismas anjuran penduduk Taman Klang Jaya, di sini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa mitigasi banjir itu melibatkan pembinaan sebuah kolam tadahan 25 ekar di Bandar Botanik dan saluran yang baru bagi melancarkan pengaliran air ke Sungai Aur. Projek tersebut akan memakan kos RM 350,000.
Jelasnya, saluran itu perlu dibina kerana saluran yang sedia ada tidak dapat menampung kapasiti pengaliran air yang meningkat disebabkan pembangunan perumahan yang pesat sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata kebelakangan ini, kawasan itu sering dilanda banjir disebabkan musim hujan yang berterusan menyebabkan lebih 500 rumah akan terlibat dengan bencana itu.
“Kawasan saya itu sudah dibangunkan tahun 80an lagi, pelan pembangunan pula bukan seperti sekarang, jadi banyak pembangunan naik.
“Sekarang pula hujan sudah turun tiga kali ganda, oleh itu kita perlukan langkah bagi mengatasi masalah itu,” katanya.
Dalam majlis itu, Xavier turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan sekurang-kurangnya 100 penduduk taman terbabit hadir memeriahkan majlis.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment