31 Disember, 2013 Kuala Penyu, Beaufort, Sabah - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor mempertikaikan apa yang telah dilakukan dengan dana bajet bagi 2013 oleh kerajaan Negeri Sabah berjumlah RM4.09 Bilion sedangkan negeri Selangor sebuah negeri terkaya di Malaysia dengan bajet hanya sebanyak RM1.63 Bilion.

Ujarnya kemana pergi peruntukan tersebut sedangkan Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia?? Katanya lagi rakyat Sabah terus di tipu oleh pemimpin BN negeri contohnya sepanjang perjalanannya untuk menghadiri program di Kuala Penyu, Beufort , beliau melihat banyak gelong-gelong air sedang dipasang disepanjang jalan menjelang piliharaya tetapi dimaklumkan airnya akan disalurkan lima tahun lagi pada PRU lima tahun akan datang dan lepas lima tahun berikutnya baru meter dan paip air dipasang kerumah-rumah rakyat di sesuatu kawasan.

Ini bermakna rakyat Sabah terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 3 pilihanraya (15 tahun ) untuk mendapat bekalan air bersih ke rumah mereka.      


Ujarnya lagi dengan bajet RM1.63 Bilion tersebut, Kerajaan Negeri telah berjaya melaksanakan beberapa program 'Merakyatkan Negeri Selangor' (MES) dan mampu memberikan
20 meter padu air percuma kepada rakyatnya disamping program Mesra Usia Emas, Tawas, Anak Masuk Universiti dan sebagainya.

Ini diperjelaskan oleh beliau dalam beberapa siri ceramah yang diadakan di Kuala Penyu, Beufort dan Tuaran dan Sandakan sempena program Jelajah "Demi Rakyat" bersama Datuk Seri Anwar Ibrahin ke sabah pada 29 dan 31 Disember baru-baru ini.

Ujarnya lagi setelah 49 tahun Sabah ditadbir oleh BN  dan parti-parti pro BN sebelum-sebelum  ini, rakyat Sabah masih dicengkam kemiskinan walaupun satu ketika dahulu sabah merupakan sebuah negeri yang terkaya dengan hasil buminya.

Rakyat Sabah masih dinafikan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik dan jalanraya yang sempurna di bawah pentadbiran UMNO / BN di banyak tempat di seluruh Negeri Sabah.

Ujarnya lagi pimpinan BN baik di peringkat pusat mahupun negeri telah menyapu bersih kekayaan negeri tanpa memperdulikan tahap kehidupan rakyatnya.

Tegasnya lagi rakyat Sabah tiada pilihan lain sebaliknya "Ini Kali lah" untuk mereka menukar pentadbiran kerajaan BN yang terus menindas rakyat dalam PRU ke 13 tidak berapa lama lagi. Ini adalah peluang keemasan bagi rakyat Sabah untuk bangkit merubah sistem pentadbiran sedia ada demi masa depan mereka dan anak-anak mereka.








Pakatan Rakyat kini berada di penghujung lima tahun pentadbiran negeri Selangor dan sepanjang tempoh itu merupakan masa yang mencabar dan menarik. Sudahkah Pakatan Rakyat Negeri Selangor menyelesaikan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan? Sudah tentunya tidak kerana ini hanyalah satu permulaan. Namun, kami telah berjaya menunjukkan kepada rakyat kaedah alternatif yang lebih baik untuk mentadbir sesebuah kerajaan.

Perubahan yang telah dilakukan pula telah membawa kesan yang membanggakan bukan sahaja kepada negeri Selangor malah kesannya juga dapat dirasai di seluruh negara. Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk kebajikan rakyat melalui program-program MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor). 

Kini kami telah bersedia untuk membina jambatan ketiga menghubungkan bandar Klang yang merupakan janji Barisan Nasional pada tahun 2008. Janji tersebut tidak dikotakan oleh mereka dengan alasan kalah pada pilihanraya yang lepas. Mereka telah lupa bahawa kita semua adalah rakyat yang membayar cukai. Sebanyak 24 peratus daripada RM150 bilion kesemua cukai adalah dari negeri Selangor. Kita tidak dapat semula bahagian seperti yang sepatutnya. Walaupun begitu, dengan usaha sendiri, kita telah berjaya untuk meningkatkan rizab simpanan kerajaan negeri kepada RM2.3 bilion.

Untuk kawasan DUN Seri Andalas, projek mitigasi banjir telah pun dimulakan dan kami akan menggunakan peruntukan RM1.4 juta dari kerajaan negeri untuk mengatasi banjir. Ini tidak termasuk tasik seluas 25 ekar yang dilengkapi kemudahan rekreasi yang telahpun diluluskan kerajaan negeri yang akan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana melibatkan urusan simpanan air banjir serta pelan pengurangan banjir dan sepatutnya telah dilakukan bertahun-tahun yang lepas. Sekarang kita akan memulakannya.

Untuk golongan belia, berbagai-bagai program telah dirangka dan akan dilaksanakan pada masa hadapan. Antara program yang telah dilaksanakan bagi menanam budaya sihat dikalangan golongan belia adalah pembinaan gelanggang futsal di Sungai Kandis, Sungai Jati, Taman Sentosa, tapak Rakan Muda Taman Seri Andalas, tapak permainan Shahbandar, Kampung Jawa dan Taman Maznah. Kini, kami sedang merancang bersama MBSA, MPK, JKR dan JPS untuk pelan keseluruhan bagi kesemua kawasan yang akan melibatkan pemilikan tanah dan peluasan secara besar-besaran.

Tadbir urus kerajaan yang baik dan perubahan yang telah kami lakukan membawa kesan yang mendalam untuk mengendalikan kerajaan negeri dan kesemua ini dilakukan hanya dalam tempoh 4 tahun lebih. Saya akui kami tidak mampu menyelesaikan segala masalah hanya dalam tempoh satu penggal, tetapi kami telah memulakan perubahan.

Kini, kami sedang mencabar Barisan Nasional dalam isu-isu seperti pendidikan percuma, pembatalan pinjaman PTPTN, menurunkan harga kereta, membina rumah mampu milik, mempertabatkan bahasa ibunda, penjagaan alam sekitar dan program-program yang mengutamakan pemuda-pemudi yang juga adalah masa hadapan kita.

Bagaimana untuk kita maju kehadapan? Adakah dengan memperbaiki sistem sedia ada dan menghadapi cabaran yang mendatang sahaja? Kita perlu tanamkan kesedaran bahawa kekayaan negara ini harus dikongsi bersama. Tidak ada satu pun kaum yang sepatutnya dipinggirkan dan tidak sepatutnya ada golongan yang mengangkat diri sebagai “mereka yang dipilih dan dihantar oleh tuhan untuk menyelamatkan negara kita”. Negara ini dibina atas dasar perkongsian kuasa dan kesemua kaum haruslah mendapat layanan yang adil saksama. 

Kita memerlukan perubahan yang drastik untuk menjadikan negara ini lebih terbuka dan demokratik. Media seharusnya lebih bebas, polis yang lebih adil, peguam negara yang menjawab persoalan yang dikemukakan di parlimen, Suruhanjaya Pilihanraya yang lebih bebas dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah yang bekerja demi kepentingan orang ramai.

Oleh itu rakan-rakan sekalian, masanya telah tiba dan sokongan yang telah anda semua berikan amatlah besar maknanya. Lihat sahaja perubahan yang telah dilakukan, bukan sahaja di negeri Selangor malah gegarannya dapat dirasai di seluruh negara.  Pandangan anda telah kami dengari dan kini masanya untuk kita bertindak.

Ini memerlukan usaha bersepadu dan kami memerlukan bantuan anda untuk membawa perubahan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih membangun. Jadi, marilah kita bergandingan tangan dan mara kehadapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Saya ucapkan terima kasih atas sokongan dan memandang kehadapan penglibatan anda semua untuk bersama-sama berjuang menjadikan masa hadapan negara ini lebih baik untuk generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2013. Semoga tahun baru ini dilimpahkan segala yang terbaik untuk anda semua.


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
ADUN SERI ANDALAS
Perayaan Krismas di Selangor amat meriah. Kerjasama pihak Gereja berlainan denominasi merapatkan lagi persahabatan menjalin Krismas bermakna. Lantaran manfaat kepada rakyat miskin dan mereka kalangan memerlukan bantuan menjadi prihatin golongan penghulur kebajikan. Itulah satu peranan Keluarga YB Dr Xavier Jayakumar Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan, dan Kerajaan Prihatin.

 


Bekalan Air Selangor Cukup Sehingga 2030

PETALING JAYA: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yakin bekalan air mentah di Selangor kini 100 peratus mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyatnya sehingga tahun 2030.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata, sehingga 20 Disember lalu, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100 peratus sehingga berlakunya limpahan.

Manakala kapasiti air bagi empangan Sungai Tinggi pada tarikh yang sama adalah pada tahap 93.33 peratus dan Empangan Sungai Selangor (90.17%).

“Kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi ini dijangka akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monson Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.
SHAH ALAM 24 DIS : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berhubung dakwaan penyusutan bekalan dan ketiadaan sumber baru air mentah di Selangor.

Pengarah LUAS, Md Khairi Selamat berkata kenyataan itu adalah tidak tepat kerana hampir semua empangan di Selangor mencatat tahap air yang penuh.

Md Khairi berkata sehingga 20 Disember 2012, kapasiti air bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu adalah penuh pada tahap 100 peratus.

Beliau berkata limpahan air juga berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Langat serta Empangan Semenyih.
KLANG 22 DIS: Majoriti kolam tadahan air di kawasan-kawasan Klang yang sering dilanda banjir dijangka akan siap di dalam masa lapan bulan, manakala kolam tadahan yang terbesar di Taman Sentosa dijangka siap dalam setahun.

Kolam-kolam yang akan siap di dalam lapan bulan adalah di Bandar Bayu Tinggi, Bandar Bayu Perdana, dan Bandar Tengku Kelana. Kesemuanya telah hampir siap 80 peratus.

Manakala pembinaan kolam tadahan 23 ekar di Taman Sentosa pula akan mengambil lebih masa kerana saiznya yang lebih besar.

Keseluruhan projek-projek tersebut memakan kos RM 5 juta, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.


SHAH ALAM 19 DIS : Lima profesional dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menganggotai jawatankuasa bebas untuk meneliti kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves dan kawasan sekitarnya.

Ahli-ahli profesional itu adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Setia Diraja Datuk Abdul Ghani Pateh ; Pakar bedah neuro, Dr M Nachiappan ; bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ranita Hussein ; pakar undang-undang pembinaan, Harbans Singh dan Pakar Geologi, Tan Boon Kong.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jawatankuasa itu akan mengkaji isu tersebut dengan bebas dan profesional, dan menasihati Kerajaan Negeri tentang isu itu.
SHAH ALAM 19 DIS : “Altar” atau rumah berhala kecil bagi individu dan keluarga yang dibina di dalam rumah tidak perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, kelulusan mesti diperolehi untuk membina tambahan atau struktur lain di luar rumah kata Menteri Besar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dicapai selepas meneliti laporan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) berhubung isu perobohan sebuah “altar” di Bandar Baru Salak Tinggi, bulan lepas.

“MPS sudah menerangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai perobohan altar di Sepang.
PUTRA JAYA, 18 DIS: Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar hari ini menyerahkan 631 borang permohonan MyKad biru kepada ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

Permohonan tersebut merupakan permohonan dari warganegara Malaysia yang sah dari Klang, tetapi sehingga kini masih tidak memperolehi MyKad biru sepertimana warganegara lain.

Antara yang terlibat termasuklah mereka yang telah melalui proses permohonan berpuluh tahun, tetapi masih gagal memperolehi Mykad biru.

“Mereka terdiri daripada 467 dari kaum India, 110 Cina dan 54 Melayu dari seluruh Klang.
Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyerah kira-kira 631 fail bagi permohonan My Kad Merah Kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  dalam satu sesi pertemuan dengan pengurusan tinggi JPN petang tadi.

Fail dokumen tersebut diterima oleh Abu Hassan Bin Dahaman, Timbalan Ketua Pengarah - Pengurusan bagi pihak JPN.

Turut serta ialah Hassan Bin Wahid, Pengarah-Kewarganegaraan dan Wan Zakaria Wan Awang, Pengarah Siasatan & Penguatkuasa JPN.

Fail permohonan tersebut terdiri dari : 

54 orang bangsa Melayu / Islam & beberapa orang Indonesia yang telah lama bermastautin di Negara ini. 
·        110 orang permohonan masyarakat Cina.
·        467 orang dari masyarakat India.

# 144 lagi permohonan telah dihantar terus ke JPN cawangan Klang oleh 'MySel', sebuah pusat pendaftaran bagi kes-kes My Kad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan kelolaan Kerajaan Negeri Selangor berpejabat di Plaza MPK, Klang, Selangor.
Dokumen dan butiran Pemohon ini dikumpulkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam satu program perhimpunan Daerah Klang yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 27 Mei, 2012 yang lalu.

Ini adalah bagi menyahut saranan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar berjumpa beliau bagi kes-kes melibatkan MyKad Merah, Surat Beranak dan Kewarganegaraan.

Walaubagiamana pun sejak Julai 2012 , empat pucuk surat telah dihantar kepada YB Menteri untuk mendapatkan temujanji bagi menyerahkan fail-fail tersebut tetapi tidak mendapat maklumbalas dari pihak YB Menteri.

JPN Putrajaya hanya memberi respon baru-baru ini apabila Pengarah - Bahagian Kewarganegaraan menghubungi pejabat YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor awal bulan Disember 2012 baru ini.

Dalam perbincangan singkat tersebut , YB Dr. Xavier telah membangkit isu pembayaran RM300 bagi penukaran My Kad Merah kepada My Kad Biru dimana katanya ramai kalangan Pemohon tidak mampu menjelaskannya.

YB Exco mencadangkan agar JPN memberikan senarai Permohonan (hanya rakyat Negeri Selangor sahaja ) yang telah lulus tersebut untuk dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi meringan beban kewangan Pemohon-pemohon  yang tidak berkemampuan tersebut..

Ekoran respon yang baik dari pihak JPN itu, ujar Dr. Xavier lagi Kerajaan Negeri Selangor bercadang mengadakan  perhimpunan dan membuka kaunter pendaftaran yang dianjorkan oleh Kerajaan Negeri bagi mengumpul  butiran pemohon- pemohon My Kad Merah di 8 buah daerah lagi di seluruh Negeri Selangor dan kemudiannya dolumen-dokumen tersebut akan diserahkan kepada pihak JPN. 






 
SHAH ALAM 18 DIS : Kerajaan Umno-BN diminta segera menyelesaikan masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri melibatkan masyarakat India di negara ini dan tidak berdolak dalik berhubung isu berkenaan.

In kerana menurutnya Naib Presiden PKR, N Surendran, umum mengetahui perkara itu memang berlaku dengan beratus ribu masyarakat India terutamanya di Semenanjung dinafikan hak memiliki dokumen pengenalan diri biarpun mereka adalah rakyat yang lahir dan menetap di negara ini.

Beliau berkata, cabaran supaya dibuktikan terdapat kira-kira 300,000 masyarakat India tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, hanya akan dibuat seandainya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
SHAH ALAM 18 DIS : Proses kenaikan cukai pintu dan lesen perniagaan bukan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) di Selangor tetapi ia ditetapkan oleh Jabatan Penilaian Harta (JPPH) dan Kementerian Kewangan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Tak ada 10 kali ganda, itu Zin tak pandai kira, perkara ini bukan dibuat oleh pegawai PBT dengan sewenangnya tapi ada undang-undang, ia berasaskan nilai tanah semasa, bukan dibuat oleh pegawai MBSA atau PBT lain, tetapi dibuat olh JPPH dari kementerian kewangan.

“Mereka yang tentukan nilai dan kita tidak boleh tukarkan nilainya, jadi jangan salahkan PBT.
SHAH ALAM, 18 DIS : Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) digesa segera bertindak terhadap runtuhan jambatan kabel yang menyekat laluan air ke Sungai Kandis, di sini sehingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di Sri Muda.

Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, pihaknya membuat aduan kepada jabatan berkaitan pada 3 November lepas, namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, banjir kilat dilaporkan masih berlaku sehingga semalam di sekitar kawasan Bukit Naga, Kampung Sri Gambut, Kampung Batu Lapan, Taman Sri Meena, Sentosa, Taman Mewah Jaya dan Bukit Rimau.

“Punca utama berlakunya banjir sudah tentu disebabkan hujan lebat, namun ia turut membabitkan masalah saliran. Kita  banyak bersihkan saliran tetapi masih terdapat parit yang yang belum dibaiki salah satunya kabel voltan ke arah Sungai Kandis.

Turun Padang Melawat Kawasan Banjir

Taman Sentosa, Klang, 17 Disember 2012 - Berikutan hujan lebat yang berlaku selama beberapa jam, beberapa kawasan di sekitar DUN Seri Andalas telah dinaiki air banjir. YB Dr Xavier Jayakumar telah turun padang pada malam tersebut untuk melihat sendiri dan memastikan pemasangan mesin pam dilakukan untuk menyalurkan air banjir ke dalam sungai untuk mengurangkan paras banjir.




SHAH ALAM, 17 DIS: Pengguna jalan raya tidak perlu lagi meredah kesesakan di tengah bandaraya Klang untuk ke Kuala Lumpur atau sebaliknya ke Pelabuhan Klang, selepas jambatan ke-tiga Klang siap sepenuhnya dalam dua tahun lagi.

Jambatan enam lorong yang akan merentasi Sungai Klang itu akan menyalurkan trafik antara Klang Utara dan Klang Selatan tanpa melalui Klang yang merupakan pekan ke-tiga terpadat di Selangor.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pembinaan jambatan sepanjang 500 meter itu akan memakan kos RM 300 juta dan bakal dimulakan awal tahun depan.
SHAH ALAM 17 DIS : Sejak mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2008, lebih 20 buah rumah ibadat bukan Islam telah dibina di Selangor.

Kesemua pembinaan rumah ibadat tersebut mendapat kelulusan Kerajaan Negeri dan telah siap dibina serta digunakan tanpa sebarang masalah.

Sehubungan itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar menjelaskan isu perobohan kuil di Sepang baru-baru ini bukanlah suatu tindakan yang melambangkan dasar Kerajaan Negeri.

“Sekiranya rumah-rumah ibadat ini didirikan dengan pengetahuan Kerajaan Negeri, saya tidak fikir akan timbul masalah selagi ianya mengikut dasar dan garis panduan yang diberi.
SHAH ALAM 16 DIS : Exco Kerajaan Negeri, Dr. Xavier Jayakumar dijangka akan menyerahkan lebih seribu kes ketiadaan dokumen pengenalan diri rakyat Selangor ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Selasa ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri sebelum ini menganjurkan program mengesan mereka yang layak mendapat dokumen kewarganegaraan Malaysia tetapi diabaikan KDN dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ini bukan kes baru dan ia merupakan satu permasalahan yang serius dan tidak patut berlaku setelah negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun.

“Ianya mencabul hak rakyat yang lahir dan telah bergenerasi tinggal di Malaysia malah menyebabkan mereka berisiko tercicir dalam pendidikan.
KLANG 15 DIS : Penduduk di sekitar Klang khususnya di Taman Sentosa dan Taman Klang Jaya diminta bersabar dengan kejadian banjir di kawasan mereka kerana projek mitigasi banjir dijangka akan siap tahun depan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata kawasan tersebut sering dilanda bencana itu kerana pembangunan pada masa lalu yang tidak mementingkan aspek banjir.

“Kebanyakan taman perumahan lama tidak mempunyai kolam tadahan air.

“Sebab itu, kerajaan membuat satu kajian di mana kawasan baru yang bakal dibangunkan berdekatan dengan kawasan lama (taman perumahan lama), perlu ada kolam tersebut,” katanya.
KUALA SELANGOR, 15 DIS : Kerajaan Selangor sudah membelanjakan lebih RM 600 juta untuk program kebajikan rakyat di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Program-program ini termasuk bantuan khairat kematian dan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan caruman Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah besar untuk program itu namun simpanan Rizab Tunai Kerajaan Selangor turut bertambah yang kini melebihi RM 2 bilion.
PUNCAK ALAM 15 DIS : Sejak diperkenalkan pada April lalu, lebih 14,000 kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008 di Selangor sudah menikmati manfaat program ‘Jom Shopping Bonus Selangorku’.

Program tersebut dikhususkan kepada peserta Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang menerima baucer membeli-belah bernilai RM 100 ketika menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Sehingga kini, RM 1.4 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan inisiatif ini di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

MB: Langat 2 Hanya Selepas Penstrukturan Semula Air

SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri.

“Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.

Ramai Rakyat Sabah Tiada Pengenalan Diri

PETALING JAYA: Warga yang tidak mempunyai kad pengenalan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat keturunan India tetapi juga kepada rakyat Sabah terutama dari kawasan pendalaman.
Ia juga berlaku kepada masyarakat  orang Asli, kata beberapa aktivis masyarakat.

Aktivis masyarakat di Sabah, Androd Sadian berkata, masalah rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri berada dalam keadaan serius.

Beliau mendakwa, tidak ada pihak kerajaan untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.
PUTRAJAYA, 12 DIS : Sekumpulan 30 samseng yang didakwa anggota MIC bertindak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat(PR) di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya pagi tadi.

Insiden ini berlaku selepas pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran dibenarkan masuk bertemu Pengarah JPN Malaysia, Datuk Jariah Mohd Said berhubung masalah perolehan rakyat negara ini yang masih menggunakan kad pengenalan merah.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng menjadi mangsa tindakan agresif anggota kumpulan berkenaan sehingga ditolak pada bahagian badan ekoran perasaan tidak senang terhadap gerak kerja yang dilakukan pemimpin PR.

Naib presiden PKR N Surendran menyelar dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa hanya terdapat 9,000 masyarakat India tanpa kewarganegaraan di Malaysia.
“Kenyataan perdana menteri tidak jujur dan cubaan memalukan untuk memperkecil-kecilkan jumlah keturunan India tanpa kerakyatan di Malaysia; jumlah 9,000 adalah tidak berasas dan tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan.

Najib semalam menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa terdapat 300,000 keturuan India tanpa kerakyatan di negara ini.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MIC semalam, Najib berkata jumlah itu diperbesar-besarkan, namun tidak memberi anggaran sebenar jumlah anggota masyarakat India yang mengalami masalah itu.
KUALA LUMPUR: Three Malaysian “stateless Indians” have filed a suit against Putrajaya at the High Court here today in a move, which their lawyer said, signalled their despondency over the ruling coalition’s lack of political will to resolve the longstanding issue.

The three, represented by N Surendran who is also PKR vice-president, said they named the Home Ministry, the National Registration Department and the Malaysian government as defendants.

Speaking to reporters later, the human rights lawyer said S Letchumy, K Sarojini and K Mala were part of a larger problem facing thousands of Malaysian Indians allegedly denied citizenship.
Source: Free Malaysia Today
By Chua Jui Meng
 
The plight of some 300,000 stateless Indians is more than enough a reason for you to change the federal government.

This problem should have been resolved long ago and therefore the Indian community in Malaysia cannot continue to trust the Umno-led Barisan Nasional federal government.

These stateless Indians have either lived here for decades or were born in this country. They can also communicate fluently in Bahasa Malaysia.

Why must their application for citizenship be rejected or their files left in the cupboard to collect dust?

Selangor Tutup AES Jumaat Ini

SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Negeri akan menutup dua kamera Automated Enforcement System (AES) di kawasan Sepang Jumaat ini dengan sarung setelah tidak mendapat maklumbalas daripada Kementerian Pengangkutan.

Dengan langkah itu, kedua-dua kamera tersebut tidak akan dapat berfungsi dan sekiranya Kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-duanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.

“Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan,” ujar beliau dalam satu sidang media di sini.
SHAH ALAM 4 DIS : Dr Xavier Jayakumar menafikan dakwaan Persatuan Pengurusan Perkuburan dan Kebajikan Kaum India Malaysia (Mayanam) bahawa kawasan perkuburan Hindu di Mukim Api-Api, Kuala Selangor ditukar kepada kawasan perkuburan Islam.

Sebaliknya beliau berkata, kawasan di Lot 13 dengan keluasan 4.98 ekar diwartakan sebagai kawasan perkuburan Hindu dan ia merupakan kawasan baru.

Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin itu menjelaskan Pejabat Tanah dan Dearah Kuala Selangor menyatakan kawasan tersebut adalah sebagai ganti kepada kawasan di Lot 14 yang dirizabkan untuk perkuburan Islam.

Menurutnya, kenyataan dibuat Mayanam adalah tidak benar dan tidak wujud sebarang unsur penyelewengan mengenainya.
SHAH ALAM 4 DIS : Kerajaan wajar menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dakwaan kenaikan caj bil elektrik dikemukakan orang ramai, kata Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kenaikan caj ini berikutan langkah Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan penukaran meter analog kepada meter elektronik.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata, penubuhan badan bebas itu perlu kerana wujud rasa tidak puas hati dan marah di kalangan rakyat yang mesti dipandang serius oleh kerajaan.

Menurutnya, bagi kawasan Kelana Jaya sahaja, PKR menerima 22 aduan daripada orang ramai yang mendakwa kenaikan caj bil elektrik antara 20 hingga 50 peratus.

“Program penggantian meter ini sebenarnya suatu komitmen kewangan yang cukup besar oleh TNB dan beban kewangan tambahan kepada pengguna boleh mencapai berbilion-bilion ringgit.
Naib presiden PKR N Surendran mendakwa siasatan polis ke atasnya hari ini merupakan tekanan bagi menghalang satu perhimpunan yang dirancang pada minggu depan di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya.

Surendran berkata beliau dipanggil untuk siasatan berhubung ucapannya di Brickfields pada 24 November berhubung masyarakat India yang tiada kewarganegaraan dan hak golongan itu untuk mendapatkan MyKad dan sijil kelahiran.

"Kami percaya pihak berkuasa cuba menekan, mengganggu dan menakut-nakutkan kami untuk menghalang perhimpunan besar itu.

"Perhimpunan itu ada usaha untuk mendapatkan keadilan bagi ratusan rakyat Malaysia yang tiada kerakyatan di negara ini; bukan saja orang Indiia di Malaysia Barat tetapi juga warga Malaysia Timur yang terjejas," katanya.
PETALING JAYA, 4 DIS : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) digesa segera melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip selain memantau kualiti tekanan air secara berkala.

Tindakan ini perlu bagi mengelakkan trajedi kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jaln 1/4, Old Town akibat tekanan air yang rendah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Gasing, Kasthuri Patto berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi i Disember lalu itu memaksa pihak bomba menggunakan bekalan air daripada trak kedua yang bergegas ke tempat kejadian ekoran tekanan air dari pili berhampiran terlalu rendah.

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba, namun punca kejadian masih belum dikenalpasti.
SHAH ALAM, 3 DIS: Bagi membantu orang ramai berhadapan kejadian banjir, Kerajaan Negeri mewujudkan Skuad Kecemasan yang diselia oleh pejabat-pejabat daerah di semua kawasan Negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi TV Selangor menasihati orang ramai agar segera menghubungi bilik kecemasan skuad itu yang akan dibuka 24 jam di pejabat daerah masing-masing.

“Bagaimanapun, pada masa ini orang ramai boleh hubungi talian hot line Pejabat Daerah dahulu untuk memaklumkan kejadian banjir.

Selain itu beliau turut berkata bahawa Exco Kerajaan Negeri juga menyediakan dana untuk disalurkan kepada agensi yang terlibat dengan gerakan membantu mangsa banjir itu.
top