Penswastaan Air Sekadar Menguntungkan Kroni

SHAH ALAM, 21 Nov – Agenda penswastaan nasional yang menyeluruh melatari lanskap ekonomi negara pada penghujung 1980-an dan 1990-an.

Meskipun industri air telah diswastakan dengan jayanya di beberapa negara, namun faktor kejayaan ini tidak kelihatan di Malaysia.

Di Selangor misalannya, segmen industri air yang paling menguntungkan diagih-agihkan kepada individu-individu terpilih, manakala segmen yang paling merugikan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Sebelum penswastaan, Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS) membawa pulangan antara RM50 juta hingga RM80 juta setahun kepada Perbendaharaan Negeri, meskipun ia menjana keuntungan pada kadar tarif yang murah pada 1997, pentadbiran Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk menswastakan industri air negeri bagi meningkatkan kecekapan.

“Barisan Nasional melakukan sesuatu yang dramatik, mereka menswastakan bahagian yang paling menguntungkan kepada Puncak Niaga,” kata Charles.

Segmen pembekalan air yang merugikan dikorporatkan kepada Pengurusan Air Selangor Bhd atau Puas pada tahun 2002.

“Secara asasnya, Barisan Nasional menswastakan keuntungan, menyerahkan keuntungan kepada syarikat, manakala bahagian yang tidak menguntungkan diuruskan oleh kerajaan negeri,” kata Charles.

Namun Puas tidak mempunyai kapasiti menjana keuntungan, seraya menyebabkan ia menanggung hutang setinggi RM2 bilion ringgit.

Usaha Puas dan pasaran modal untuk menyelamatkan hutang pengurusan itu bagaimanapun dihalang Kerajaan Umno-BN.

“Kerajaan tidak melindungi institusinya sendiri. Kita harus ingat bahawa Puas telah pun menemui bank, yang bersetuju untuk menyelamatkan pengurusan itu.

“Apa yang berlaku, kerajaan halang langkah itu, dan menyerahkan bahagian Puas kepada Syabas. Kerajaan turut memberi RM2.09 bilion kepada Syabas,” tambahnya.



Sumber: Selangorkini

0 comments:

top