Lintas Langsung Proses Pengundian PRK N.45 Galas

GUA MUSANG, 4 Nov: Sebanyak 9.93 peratus pengundi telah keluar mengundi pada sekitar satu jam pusat pengundian dibuka pada PRK Dun Galas.

Menurut maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Jabatan Penerangan, jumlah itu tidak membabitkan pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi yang melibatkan masyarakat Orang Asli.

Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas membuang undi bermula jam 8.00 pagi ini.

Semua pusat pembuangan undi ditutup tepat jam 5 petang dan proses pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Pusat Sivik Gua Musang. Dijangka bermula jam 6.30 petang.

4.55pm: Di Sek Keb Tengku Indra Petra 1 kelihatan penyokong kedua-dua parti masih setia menunggu sehingga pusat membuang undi ditutup pada jam 5 petang ini.

4.28pm: Setakat jam 4 petang, sebanyak 8,073 telah keluar mengundi. Jumlah ini mewakili 69.88 peratus.



Peratusan ini tidak termasuk pusat pengundian di pos Brooke, Belatim, Balar, Bihar dan Ladoi.

4.00pm: Datuk Abdul Halim ketika ditanya peluang PAS bagi PRK Galas, beliau memberitahu gambaran kasar hanya akan dapat diketahui selepas jam 5 petang.

3.27pm: Setakat jam 3 petang, sebanyak 76.23 peratus telah keluar mengundi.

2.30pm: Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Abdul Halim Abd Rahman sedang mengadakan sidang media di pusat operasi PAS.

Beliau memohon SPR menjelaskan tiga kes berkaitan kertas undi yang tidak dicetak logo parti, dan hanya ada nama sahaja. Malah paling teruk, salah satu darinya mempunyai logo BN tapi tiada logo PAS.

Salah satu kes di Sekolah Kebangsaan Gua Musang, Kampung Baru di mana Zainab Jalal, isteri kepada calon PAS, juga menerima kertas undi tanpa cetakan logo parti.




2.15pm: Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 2 petang ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.

1.50pm: Suasana sekitar tempat pembuangan undi mula lengang. Kedua dua penyokong juga makin berkurangan.

1.45pm: Jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.

12.55pm: Peratusan keluar mengundi di SRJK (C) Pulai setakat tengah hari ini adalah sebanyak lebih kurang 70 peratus. Majoriti pengundi di sini berbangsa Cina.

12.50 pm: lebih 300 orang pengundi luar kini sedang berkumpul di Bilik Gerakan BN di Bukit Cekati sedang mendaftar nama untuk mengambil wang pulang mengundi. Beberapa orang yang ditemui mengesahkan menerima RM250 seorang. Difahamkan terdapat seorang 'ustaz' di dalam bilik tempat duit diberikan. Setiap orang yang datang mengambil duit akan diberitahu "Kita bagi ni bukan rasuah, ikhlas ni, jangan pk bukan-bukan" katanya.

12.30pm: Jalan di pekan Gua Musang masih sesak dengan kenderaan.

12.27pm: Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi.

12.20 pm: Biarpun cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali arus menjelang tengahari.


11.50am: Seorang anggota polis menyifatkan suasana pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sini. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

11.35am: Sehingga 11 pagi, jumlah keluar mengundi di Galas sebanyak 4,589 orang atau 39.72 peratus (tidak termasuk enam kawasan Orang Asli).

11.30am: Cuaca di Galas mulai cerah. Dijangka pengundi lebih ramai keluar sesi petang ini. "Orang tak ramai lagi pagi ni sebab orang sini keje sendiri pagi ni, petang ramai la ni," kata seorang pengundi di sini.


11.00am: Pondok panas PAS di kawasan luar SK Seri Wangi penuh dengan pengundi yang mahu mendapatkan maklumat pengundian.

10.58am: Setakat 10 pagi, peratusan keluar mengundi sebanyak 24.02% (2775), tidak termasuk 6 kawasan Orang Asli.

10.57am: Anggota Mafrel dilihat melakukan soal selidik kepada penyokong kedua-dua parti di Sek Keb Gua Musang dan Sek Keb Sungai Terah.

10.55am: Suasana sekitar pembuangan undi masih terkawal. Di SK Sri Wangi, kedua-dua penyokong masih bersemangat merayu undi. Mereka bagaimanapun dikawal pihak polis. Pagi tadi sudah berlaku kekecohan di sini sehingga pasukan FRU dikerah berkawal.Keseluruhan Batu Papan 542.

Pengundi di sini adalah antara paling ramai dengan jumlah 542 orang pengundi.

10.15am: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di SK Tengku Muhammad Fakri.

10.02am: Menurut seorang pegawai SPR, sehingga jam 9.50, peratus keluar mengundi di Sg Terah hampir 300 orang daripada 1,912 orang yang layak mengundi. Beliau menjangkakan 400 akan turun menjelang jam 11.

10.00am: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad melawat pusat pengundian Sek Keb Gua Musang.

9.50am: Berlaku sedikit kekecohan di sini apabila kedudukan penyokong kedua-dua parti terlalu rapat sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

9.45am: Di pusat pengundian Sek Keb Gua Musang penyokong kedua-dua parti mula berbalas sorakan.Penyokong BN berbaju merah memegang sepanduk "PAS pembohong" manakala penyokong PAS "memegang sepanduk "Minyak naik lagi?".

9.40am: Polis mengarahkan penyokong BN menurunkan kain rentang memfitnah calon PAS selepas dibantah penyokong Pakatan Rakyat.

9.35am: Dr Zulkefli tiba di Calon smpai Sek Keb Sri Wangi.

9.31 am: Calon PAS dalam perjalanan menuju ke kawasan membuang undi di Pulai.

9.30 am: Calon PAS, Dr Zulkefli ketika ditemui Harakahdaily menyeru kepada pengundi Galas agar keluar awal menunaikan tanggungjawab ekoran cuaca tidak menentu dan dijangka hujan petang ini. "Saya menyeru semua pengundi keluar awal, kita risau kalau hujan turun, akan mengganggu perjalan kita untuk membuang undi."

9.25 am: Penyokong BN sedang bersorak 'hidup Umno' manakala penyokong PAS sedang berzikir diselangi laungan takbir.

9.20 am: Di Sek Men Kebangsaan Tengku Indra Petra 1, Polis bertindak menjarakkan kedudukan kedua-dua penyokong di sebelah menyebelah jalan bg mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

9.15 am: Ketika ditemubual oleh Stesen Astro Awani, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat di Dun Galas mengundi parti yang memperjuangkan Islam. Beliau juga menyeru semua penyokong mengelak dari terlibat sebarang provokasi yang boleh mencetuskan pergeseran antara penyokong kedua-dua belah pihak. "PAS sudah buktikan kita bukan parti buat kacau, kita bergerak secara 'wasata' (sederhana)," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

9.10 am: Calon PAS bersama Menteri Besar baru sahaja beredar dari pusat pembuangan undi Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.05 am: Berlaku kekecohan antara perayu undi dan penyokong di hadapan pusat pembuangan undi di Sek Men Kebangsaan tengku Indra Petra 1.

9.00 am: Proses pembuangan undi berlangsung dalam keadaan tenang, manakala cuaca di Galas mula mendung dan hujan gerimis mula turun.

8.40 am: Pengundi mula ramai keluar menunaikan tanggungjawab, ekoran cuaca redup di waktu pagi dan dikhuatiri hujan petang ini.

8.20 am: Terdapat pondok panas kedua-dua pihak, namun didirikan lebih 100meter dari tempat pembuangan undi.

8.15 am: Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong dan perayu undi BN tidak mahu berganjak dari kawasan pintu pagar sekolah setelah diarah pihak polis. Penyokong kedua-dua belah pihak diminta berada pada jarak lebih 50meter dr pintu masuk tempat pembuangan undi.

8.10 am: Calon bersama Menteri Besar beredar dari pusat pembuangan undi di sini dan akan ke Sek Cina di Kampung Baru.

8.07 am: TG Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Sek Ren Keb Tengku Muhammad Fakri.

8.05 am: Dr. Zulkefli tiba di pusat pengundian Sek Keb Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah.

7.40 am: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dijangka melawat tempat pembuangan undi di Sek. Keb. Tengku Muhammad Fakri, Sungai Terah. Turut serta menemaninya, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

0 comments:

top