Berikutan banjir besar yang melanda negeri Kedah, Kerajaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri tersebut.
Pada 7 November yang lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbangkan sebanyak 1,000 kotak air yang mengandungi 24,000 botol 350ml kepada mangsa banjir Kedah melalui Yayasan Aman Negeri Kedah. Penghantaran bantuan ini telah dilaksanakan oleh Konsortium ABASS dengan menggunakan tiga buah lori Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Pada 9 November, Kerajaan Negeri Selangor telah menghulurkan bantuan barangan kegunaan harian yang merangkumi:
1) 5,000 cawan mee segera Maggi
2) 3,000 tin biskut
3) 100,000 paket Milo 3 dalam 1
4) 40,000 paket The Lipton
5) 10,000 paket Kotex
6) 1,000 tin susu bayi Dulex
Diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir dalam mengharungi bencana yang mereka hadapi ini.
0 comments:
Post a Comment