YB Dr. Xavier memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab serta gangguan seksual yang dilakukan terhadap YB Rodziah Ismail ketika insiden kekecohan dalam Majlis Dialog bersama penduduk isu pemindahan kuil seksyen 23 Shah Alam di Dewan Banquet MBSA pada 5 September 2009 yang lepas.
YB Dr. Xavier memberi sepenuh sokongan atas tuntutan yang dikeluarkan melalui kenyataan media oleh Felicia Ling, Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan. YB Dr Xavier menekankan bahawa keganasan dan gangguan seksual terhadap wakil rakyat wanita adalah merupakan satu kesalahan jenayah yang serius dan tindakan sewajarnya mestilah diambil kepada mereka melakukannya.
“Rodziah saya akan rogol you sekarang!” adalah antara kata-kata kesat yang telah menggegarkan Dewan Bankuet MBSA dalam Majlis Dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam.

Wanita Parti Keadilan Rakyat Wilayah Persekutuan (“Wanita PKR WP”) dalam kenyataan medianya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan golongan yang terlibat dalam kekecohan semasa Majlis Dialog tersebut terutamanya yang mengeluarkan kata-kata kesat serta bertujuan untuk mengugut seorang wakil rakyat wanita, iaitu YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga Shah Alam.
Insiden kekecohan yang berlaku di Dewan Bankuet dipercayai adalah satu tindakan atau perbuatan yang telah dirancang awal dan merupakan sebahagian daripada tindakan susulan ekoran protes kepala lembu yang berniat untuk menimbulkan ketegangan antara kaum.
Keputusan Peguam Negara yang bercadang untuk mendakwa golongan penghasut yang terlibat dalam protes kepala lembu sangat dialu-alukan tetapi masih berasa amat kecewa dengan:-
1. kegagalan polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan serta ketenteraman masyarakt apabila tiada tindakan tegas yang segera diambil dengan penangkapan golongan penghasut yang terlibat. Kelewatan pihak polis bertindak dalam protes kepala lembu telah menyebabkan golongan penghasut meningkatkan lagi perbuatan jenayah mereka sehingga tertimbulnya insiden kekecohan di Dewan Bankuet MBSA pada 5hb Sept, 2009. Sehingga hari ini golongan yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan di Dewan Bankuet MBSA terutamanya yang mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga Shah Alam masih belum ditangkap lagi walaupun terdapatnya bukti kukuh melalui rakaman video;
2. kelemahan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Barisan Nasional dalam usaha menangani gejala dan anasir negatif yang menggugat perpaduan serta keharmonian antara kaum. Perbuatan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengadakan perjumpaan dengan golongan penghasut tersebut seolah-olah mempertahankan perbuatan jenayah golongan penghasut tersebut. Semua ini adalah bercanggahan dengan matlamat Rukun Negara terutamanya prinsip Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan dan ketenteraman negara;
3. tindakan tidak munasabah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negara (SKMM) yang mengarahkan supaya Malaysiakini membuang 2 video yang mengandungi rakaman berhubung dengan protes kepala lembu dan penyiasatan yang dijalankan terhadap Malaysiakini berhubung dengan 2 video tersebut. Penyiasatan SKMM terhadap Malaysiakini bercanggahan dengan cadangan Peguam Negara terbaru untuk mendakwa golongan penghasut protes kepala lembu kerana 2 video rakaman Malaysiakini adalah merupakan barang bukti penting untuk menyabitkan kesalahan golongan penghasut dalam kes pendakwaan golongan penghasut;
4. kegagalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam usaha menghapuskan segala diskriminasi terhadap wanita seperti mana yang dikehendaki dalam CEDAW (Konvensyen menghapuskan Segala Diskriminasi terhadap Wanita) dalam mana Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mengiktiraf dan menandatangani Konvensyen tersebut terutamanya kegagalan beliau memainkan peranan beliau menuntut pembelaan bagi pihak YB Rodziah Ismail, seorang wakil rakyat wanita. Wanita mencapai 30% di dalam arus perdana politik dan tahap “decision making” dalam Negara ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa jaminan keselamatan diri diberi kepada wanita yang terlibat dalam politik.
Justeru, YB Dr Xavier Jayakumar menyokong penuh Wanita PKR WP, menuntut supaya:-
1. Tindakan segera diambil oleh polis terhadap golongan penjenayah yang mengeluarkan ugutan “Rodziah saya akan rogol you sekarang!” dengan penangkapan penjenayah yang terlibat supaya keselamatan diri YB Rodziah Ismail dapat terjamin selaras dengan kehendak CEDAW;
2. SKMM menghentikan segala penyiasatan terhadap Malaysiakini berhubung dengan 2 video rakaman protes kepala lembu; dan
3. Semua penghasut yang terlibat dalam protes kepala lembu dan kekecohan dalam Dewan Bankuet bersama dengan sesiapa yang merancang, berkomplot dan berkonsipirasi dalam kedua insiden harus diheret ke depan muka pengadilan dengan segera.
YB Dr Xavier Jayakumar berdiri teguh memberi sokongan padu kepada YB Rodziah Ismail dan menaruh penuh kepercayaan kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan keupayaan YB Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dalam usaha menyelesaikan isu pemindahan kuil Hindu di Seksyen 23.

0 comments:
Post a Comment