SEBARAN MEDIA
14 SEPTEMBER 2009
PERHIMPUNAN KHAS SAMBUTAN HARI MALAYSIA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan sebuah Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia bagi mengingati dan memberi pengiktirafan kepada penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963.
Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia akan diadakan pada 16 September (Rabu) bertempat di Auditorium Dewan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Majlis dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi.
Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim akan menyampaikan Ucaptama perhimpunan ini. Perhimpunan Khas Sambutan Hari Malaysia ini juga akan diserikan dengan kehadiran Y.Bhg Dato’ Dr Jeffry Kitingan, Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah dan Y.Brs Tuan Baru Bian, pemimpin masyarakat Sarawak sebagai Tetamu Jemputan Khas.
Selain itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr. Haji Dzulkefly Bin Ahmad dan Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor YB Teng Chang Kim turut akan menyampaikan perutusan Hari Malaysia.

0 comments:
Post a Comment