Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor 2009 bertempat di Shah Alam Convection Centre (SACC) bersebelahan Kompleks PKNS Shah Alam.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penganjur pada tahun ini telah menjanjikan pelbagai acara menarik telah disediakan disamping barisan artis-artis jemputan yang pasti tidak mengecewakan. Majlis yang akan berlangsung pada Hari Raya Pertama (Dijangkakan pada 20 September 2009) bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 3 petang ini juga turut memberi peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra dengan Dato’ Menteri BesarSelangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dengan lebih dekat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hadir bagi memeriahkan majlis sebagai Tetamu Jemputan Khas. Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya AidilfitriKerajaan Negeri Selangor 2009ini akan turut disiarkan secara langsung oleh TV Selangor di http://www.tvselangor.com/

Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama meraikan perayaan Aidil Fitri dengan penuh makna dan kemeriahan.

0 comments:

top