SHAH ALAM, 17 Sept - Bimbang dengan penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1), seluruh Dun, termasuk DUN pembangkang di Selangor hari ini dibekalkan dengan topeng hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan wabak tersebut.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, Dr Xavier Jayakumar berkata, sebanyak 56 Dun menerima topeng hidung dan mulut ini untuk diagihkan di kawasan masing-masing.
Katanya, sebanyak RM350 ribu ringgit diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk tujuan itu.
“Tiap-tiap Dun akan dapat lima ribu keping dengan sabun tangan dan ini kita minta pegawai Adun-adun tempatan bagi kepada ramai orang yang sekarang sedia untuk balik kampung dan sebagainya”,katanya.
Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan topeng hidung dan mulut kepada wakil setiap Dun di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pagi tadi.
Katanya, selain topeng hidung dan mulut serta sabun pembasmi kuman, kerajaan juga mengedarkan poster panduan penjagaan kesihatan diri kepad awakil terbabit bagi mengalakkan masyarakat mengamalkan budaya menjaga kebersihan, terutama di musim perayaan ini.
Turut hadir menerima topeng hidung dan mulut ini, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari.
Rata-rata wakil Adun yang menerima topeng hidung dan mulut hari ini, memuji langkah kerajaan negeri membekalkan kemudahan tersebut secara percuma kepada rakyat.
Menurut wakil Adun Kota Alam, Silvasukamaran, pemberian topeng ini dapat membantu penduduk di kawasan mereka, mengelak atau mengurangkan risiko penularan penyakit tersebut.
“Saya ucapakan terima kasih kepada YB kerana sudi mengedarkan fask mask kepada Adun kami.Penyakit ini merbahaya dan kita pada masa ini banyak orang dari kawasan Klang dan kita akan edarkan di komuter, bus stop untuk mereka semua berwaspada”,katanya.
Setiausaha Adun Kota Damansara, Sivarajan berkata pihaknya akan mula mengedarkan topeng tersebut hari ini memandangkan ramai warga Damansara akan pulang ke kampung untuk berhari raya esok atau lusa.
“Jadi mulai petang ini kita akan mula edarkan kepada sekolah, saya rasa pada besok orang tengah balik untuk beraya ini saya ingat Dr Nasir akan mula mengedarkan dikawasan persinggahan dan mungkin juga di tol Kota Damasara kita akan mula edarkan”,katanya.
Sumber: Selangorkini
0 comments:
Post a Comment