Jualan Lemang Sempena Aidilfitri

Kampung Jawa, 19 September 2009 - Aidilfitri merupakan sambutan oleh kaum muslimin dan muslimat selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Bersempena dengan Aidilfitri dan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba, pelbagai juadah disediakan untuk perayaan tersebut dan pada hari-hari terakhir bulan ramadhan inilah, umat Islam sibuk membuat persiapan terakhir menyambut bulan Syawal.

Seperti kebiasaan, Aidilfitri dan Syawal disambut meriah bukan sahaja oleh umat Islam di DUN Sri Andalas tetapi oleh pelbagai kaum berbilang agama. Pada hari-hari terakhir inilah, juadah seperti lemang menjadi kegemaran dan rebutan untuk disajikan pada Aidilfitri ini.

Bersempena dengan perayaan ini, petugas-petugas DUN Sri Andalas mengambil kesempatan untuk bersama-sama merasai kesibukan membuat persiapan Aidilfitri dengan mengadakan jualan lemang.

Turut mengambil bahagian dalam program tersebut adalah Encik PS Rajoo, Penyelaras Pejabat DUN Sri Andalas serta serta Encik Hanafiah yang juga Penyelaras Pejabat DUN Sri Andalas Cawangan Kampung Jawa.

Turut menjayakan program tersebut adalah belia Kampung Jawa yang turut bertungkus-lumus memastikan jualan lemang berjalan lancar.

Program jualan lemang tersebut telah mendapat sambutan daripada penduduk setempat dan syabas diucapkan kepada mereka yang menjayakan program tersebut.

Berikut adalah foto pada hari program tersebut:









0 comments:

top