Kes KESAS: Orang Ramai Terperangkap di Lebuhraya


Ampang, 4 September 2009 - Sesi penghujahan Mahkamah Sesyen Ampang hari ini beritahu beribu-beribu pengguna Lebuhraya Kesas menghala ke Klang telah terperangkap dalam satu kesesakan jalanraya yang teruk pada 5 November 2000.

YB Yusmadi Yusoff ( Ahli Parlimen Balik Pulau, Pualau Pinang) yang bertindak sebagai peguambela kepada 11 orang OKT dalam kes perhimpuan ‘100,000 rakyat di Lebuhraya Kesas yang berlaku 9 tahun yang lalu semasa hujah pengulungannya bagi menangkis hujah pendakwaan terhadap ‘kehadiran’ kesemua 11 OKT di dalam ‘perhimpunan haram’ tersebut.
Situasi kesesakan tersebut telah disahkan oleh tiga orang saksi utama pembela, Proffesor Mehrun Siraj, bekas Pesuruhjaya Suhakam, YB Datuk Mahfuz Omar dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat yang memberi keterangan masing-masing sebelum ini.

Yusmadi seterusnya menangkis pihak pendakwaan yang mengatakan bahawa kira-kira 145 orang telah ditangkap (termasuk 11 OKT) oleh pihak Polis kerana enggan bersurai dalam perhimpunan tersebut.

Katanya berdasarkan Kertas Laporan Suhakam berhubung Inkuiri Kes Suhakam yang dikeluarkan pada Ogos 2001 jelas mengatakan bahawa hujah pendakwaan adalah tidak berasas sebaliknya pihak Polis telah melakukan pelanggaran hal asasi manusia dengan mengkasari orangramai dengan secara keterlaluan hingga menyebabkan kecederaan kepada orangramai.

Tegas Yusmadi lagi, Pendakwaan gagal mengemukkan saksi penting dalam kes tersebut kerana telah gagal mengemukan bahan video yang menunjukkan situasi dan gambaran keadaan di Lebuhraya pada hari tersebut.

Katanya ini diperkuatkan dengan kenyataan Proff Mehrun dalam keterangannya mengatakan bahawa panel penyiasat Suhakam telah melawat dan seterusnya telah diberi takimat oleh pihak pengurusan Kesas semasa menjalankan Inkuiri tersebut.

Dalam taklimat tersebut Proff Mehrun Siraj dan panel Suhakam telah ditunjukkan keseluruhan rakaman video CCTV yang dipasangkan Plaza Tol Bukit Rimau di mana perhimpunan berlaku pada hari tersebut.

Tegasnya lagi beban mengemukan bukti tersebut adalah terletak dibahu Pendakwaan dan bukannya pihak Pembelaan apabila Hakim Mahkamah Sesyen, Noradidah Bte Ahmad bertanya kenapa pihak Pembelaan tidak mengemukkan video tersebut ke mahkamah.

Hakim kemudian menetapkan untuk membuat keputusan pada 06 September 2009 akan datang.

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kpda YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

(*** Salah seorang OKT kes)

0 comments:

top