SEBARAN MEDIA
9 SEPTEMBER 2009
TAPAK BARU KUIL MASIH DALAM KAJIAN
9 SEPTEMBER 2009
TAPAK BARU KUIL MASIH DALAM KAJIAN
SHAH ALAM: Wakil rakyat setempat dan Majlis Perbandaran Shah Alam akan mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19, Shah Alam dalam masa terdekat untuk mendapatkan persetujuan mereka berhubung dengan isu pemindahan kuil ke tapak cadangan baru.
Beberapa tapak cadangan masih di dalam peringkat kajian samada tapak-tapak tersebut boleh digunakan ataupun sebaliknya.
Dato’ Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri menyerahkan kepada budi bicara pihak terlibat dengan perbincangan tersebut yang dijangka akan diadakan dalam minggu ini.
Mereka yang terlibat secara langsung adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Y.B Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Y.B Rodziah Ismail dan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mazalan bin Md. Noor.
Demikian dikatakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai tindakan susulan Kerajaan Negeri ekoran tinjauan ke beberapa tapak cadangan baru pada Isnin lalu.
Menurut Khalid, jika persetujuan daripada pihak kuil diperoleh, keputusan tersebut akan dibincangkan pada peringkat Exco.
"Sekiranya Mesyuarat Exco meluluskan cadangan ini, satu pendengaran awam akan diadakan bersama pihak yang terlibat dengan tapak cadangan yang akan dikenalpasti kelak," jelas Khalid dalam sidang media di Pejabat Menteri Besar petang ini.
0 comments:
Post a Comment