SHAH ALAM, 27 NOV : Kerajaan Selangor telah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk meneruskan kebenaran merancang yang dipohon oleh pemaju hartanah bagi melaksanakan projek-projek baru.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, tugas pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) adalah untuk membekalkan dan mengagihkan air terawat sahaja.
Justeru pihak Syabas tidak ada kena mengena dengan kebenaran untuk meluluskan projek kilang, perumahan dan pusat komersil baru di negeri itu.
“Ianya kerana kita percaya pihak Syabas jika tidak boleh melaksanakan penyaluran air tersebut maka Syabas akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) semasa perbahasaan mengenai JKR.
Sebelum itu ADUN Permatang Sulaiman Abdul Razak memohon penjelasan berkenaan tindakan Syabas yang idak dapat meluluskan projek kilang, perumahan dan pusat komersil baru.
Syabas didapati enggan memberi kelulusan untuk projek komersil dan perumahan baru atas alasan tidak cukup bekalan air di Selangor.
“Kerajaan Negeri sudah membuat persediaan pasukan yang akan menolong berkenaan penyaluran-penyaluran air di Selangor,” kata Abdul Khalid.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment