Bersempena sambutan perayaan Deepavali ini, saya dan rakan-rakan dari Pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor, serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Seri Andalas dan juga bagi pihak keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada masyarakat yang beragama Hindu yang akan meraikan sambutan perayaan ini.  

Deepavali merupakan perayaan yang meraikan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan dan bersama-samanya membawa sinar harapan kepada masa depan yang lebih baik. Oleh itu marilah kita meraikan perayaan ini dengan penuh kesyukuran serta harapan untuk terus melakukan kebaikan dan menuju kecemerlangan.

Pada hari perayaan ini, raikanlah bersama keluarga yang tersayang serta sahabat handai. Teruskan amalan kunjung-mengunjungi demi kesepaduan yang lebih baik dan membina komuniti yang saling memahami serta menghormati antara satu sama lain. Kepada mereka yang akan pulang ke kampung halaman, pandulah secara berhemah. Semoga selamat sampai dan selamat pulang kembali.

Dengan ini saya juga ingin menjemput semua untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan di Dengkil pada 24 November 2012 (Sabtu) bermula jam 8 malam. Majlis Rumah Terbuka Deepavali DUN Seri Andalas pula akan diadakan pada 25 November 2012 (Ahad) bermula jam 7 malam di Padang Taman Klang Jaya. Datanglah beramai-ramai untuk meraikannya bersama-sama.

Sekali lagi saya dan rakan-rakan dari Pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor, serta kakitangan Pusat Khidmat DUN Seri Andalas dan juga bagi pihak keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali. Sekian.

YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
ADUN Seri Andalas  

0 comments:

top