SHAH ALAM, 2 NOV: Status pembinaan hospital Shah Alam diragui apabila kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) ‘berjaya’ melaksanakan kerja-kerja yang dijangka akan mengambil 82 hari dalam masa 30 hari sahaja.
Menurut MP Shah Alam, Abdul Khalid Samad, projek tersebut telah lewat 33 hari dari jadual yang ditetapkan.
Bagaimanapun 30 hari kemudian, laporan terbaru projek itu menunjukkan kerja-kerja tersebut telah siap 19 hari lebih awal daripada jadual kemajuan yang dijangka.
“Adakah ini cuma laporan mainan sebab sukar percaya sebelumnya lewat 33 hari. Tetapi dalam masa 30 hari mereka boleh siapkan 82 hari punya kerja hingga mendahului ke hadapan 19 hari.
“Adakah pembayaran ‘in advance’ ada dibuat untuk melajukan projek ini setelah saya tanya sebelumnya?

“Apa yang kita mahukan adalah status kemajuan pembinaan yang sebenar,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini Abdul Khalid pernah beberapa kali mengkritik kelewatan kerja pembinaan hospital ini yang sepatutnya disiapkan pada pada 2011 tetapi telah di tunda ke hujung 2013.
Beliau juga pernah hantar petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut satu tindakan konkrit bagi menyelesaikan masalah pembinaan hospital itu termasuk memecat Menteri Kerja Raya.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment