KLANG, 21 APR : Kempen “Selangorku Bersih” adalah cara erbaik bagi pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mengenali pengundi mereka di kawasan masing-masing.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, menerusi kempen ini, kerajaan negeri berupaya mencegah kemasukan pengundi hantu ke dalam senarai daftar pemilih di Selangor dengan lebih efektif.
Menurutnya, kempen itu bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memantau perkara berkenaan selepas mendapati terdapat penambahan [ada daftar pengundi secara mendadak yang meragukan di Selangor.
“Terlalu banyak pengundi baru di Selangor seperti di Batang Kali iaitu seramai 8,000 orang.
“Dari mana mereka datang sedangkan penduduk di kawasan itu kalau dilihat terlalu sedikit.

“Di Kota Raja sendiri terdapat lebih 20,000 pengundi baru. Kita tidak sekat orang yang layak megundi, kita mesti galakkan kerana itu hak rakyat,” katanya.
Beliau berkata, menerusi pendekatan ini, kerajaan Pakatan berupaya membuktikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.
Tambahnya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan program mengenali pengundi supaya rakyat dapat mengenalpasti kawasan mengundi masing-masing menjelang pilihan raya nanti.
“Setiap ketua kampung dan pemimpin masyarakat diminta untuk menyemak pengundi supaya kita benar-benar kenal mereka dan tunjukkan kawasan yang betul semasa mengundi.
“Sebelum ini, terdapat pengundi yang dipindahkan ke kawasan lain tanpa pengetahuannya. Kita tidak mahu perkara itu berulang lagi,” jelasnya.
Kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak SPR dalam usaha membersihkan daftar pemilih menerusi Kempen “Selangorku Bersih”.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.
Dalam pertemuan itu, Abdul Khalid turut memaklumkan kepada SPR berhubung usaha-usaha yang dilakukan kerajaan Selangor bagi menguatkan demokrasi di negeri ini.
Sehubungan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM 5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku sebagai inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.
Sumber: Selangorku.com
0 comments:
Post a Comment