Bersih Akan Diteruskan di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 24 April — Pergerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini mengekalkan cadangan mereka untuk meneruskan perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan 11 lokasi di bandar-bandar seluruh negara Sabtu ini.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika sidang media berkata mesyuarat dengan 84 pertubuhan telah mendakan mesyuarat malam tadi dan sebulat suara untuk meneruskan ranangan mereka di Dataran Merdeka walaupun menerima ancaman daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pihak berkuasa itu bagaimanapun turut menawarkan lokasi lain, seperti stadium di Cheras, dan Titiwangsa, termasuk Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan “Duduk Bantah” mereka.

“Kami sudah tidak boleh melakukan perubahan lagi. Hanya tinggal empat hari shaja lagi dan kami tidak boleh mahu orang ramai terkeliru,” katanya.

Pihak polis sebelum ini telah menolak permohonan Bersih untuk membantu menjaga lalu lintas, atas faktor keselamatan.

“Polis seperti menolak Bersih bukan sahaja di ataran Merdeka. Saya tidak pasti sekiranya mereka sudah menerima peringatan daripada Menteri Dalam Negeri yang seperti menyokong,” katanya merujuk kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan pergerakan itu masih lagi mahu “bekerjasama dengan pihak polis dan DBKL” dan akan menulis surat kepada kedua-dua pihak tersebut untuk mengadakan perjumpaan.


Sumber: TheMalaysianInsider

0 comments:

top