Kampung Jawa, 18 Jun 2011 - Sebuah majlis bagi menghargai pelajar-pelajar cemerlang SPM dari kawasan DUN Seri Andalas dan juga memberi sumbangan kepada pelajar miskin, warga emas serta sumbangan kepada sekolah dan persatuan penduduk telah diadakan.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa, Klang dan dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas yang juga merangkap EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Ketua Kampung dan juga para pemimpin komuniti setempat.

Seramai 45 orang pelajar miskin telah menerima sumbangan cermin mata yang telah disampaikan oleh Encik PS Rajoo.

Seramai 65 orang warga emas pula telah diberi subsidi cermin mata yang disampaikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar.



Pelajar-pelajar cemerlang SPM dengan keputusan 8A dan lebih telah diberi sijil dan wang tunai RM100. Sijil dan wang tunai disampaikan oleh YB Dr Xavier. Pelajar-pelajar cemerlang SPM ini adalah dari:

SMK Hishamudin (31 orang)
SMK Raja Mahadi (30 orang)
SMK Shahbandaraya (19 orang)
SMK Sri Andalas (16 orang)
SMK Kg Jawa (5 orang)
Pelajar dari DUN Sri Andalas dan bersekolah di tempat lain (3 orang)

Pada majlis tersebut, YB dr Xavier turut menerangkan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dengan menggunakan persembahan slaid kepada orang ramai.

Sempena persaraan guru besar SK Kg Jawa 2, sumbangan RM1,000 telah diberikan untuk program persaraan beliau. Turut menerima sumbangan wang tunai adalah Persatuan Penduduk Taman Setia yang menerima RM1,500.










0 comments:

top