Kenyataan Media YB Puan Rodziah Ismail
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Selangor, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Noraini Roslan yang baru dilantik menjadi Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MKDS) berkuatkuasa 1 Julai 2011. Saya berkeyakinan beliau mampu memikul tanggungjawab ini dengan cemerlang berasaskan pengalaman luasnya selama lebih 20 tahun sebagai pengarah perancang beberapa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Perlantikan Puan Noraini sebagai YDP MDKS ini adalah selari dengan hasrat dan sasaran Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan 30% wanita terlibat dalam proses pembuatan keputusan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Setelah sasaran ini kita realisasikan sejak 2008 dalam barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor yang mana 30% daripadanya terdiri daripada wanita, kita berharap hasrat ini akan dapat kita laksanakan pula dalam pelbagai peringkat pentadbiran kerajaan negeri. Pelantikan Puan Noraini ini mudah-mudahan menjadi permulaan dan pembuka jalan kepada lebih ramai lagi golongan profesional dalam kalangan wanita yang akan terlibat dalam struktur pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang.

Selain itu, perlantikan ini juga adalah sebagai suatu pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor terhadap sumbangan dan pembabitan golongan wanita dalam pelbagai bidang pembangunan negara yang terus menyerlah dari tahun ke tahun. Dalam keadaan hari ini di mana sudah semakin ramai golongan wanita yang mampu menyaingi prestasi kaum lelaki, ditambah dengan senario separuh daripada populasi penduduk di Selangor adalah wanita, Kerajaan Negeri akan terus komited untuk melantik mana-mana wanita yang telah terbukti kemampuan dan kewibawaannya untuk menyandang jawatan pentadbiran di peringkat tertinggi. Saya percaya wanita-wanita yang telah dipilih dan dilantik inilah juga nanti yang akan menjadi barisan utama (the forefront) jurubicara dan wira (champion) dalam mengetengahkan dan mengangkat agenda kesejahteraan dan pemberdayaan wanita Selangor agar wanita mengecapi keadilan, diberi haknya secara proaktif, dan dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan di semua peringkat pentadbiran Kerajaan negeri Selangor.
Akhirnya saya ingin mengajak semua wanita di Selangor khususnya dan di Malaysia umumnya untuk terus mempertingkatkan potensi dan jati diri masing-masing dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara. Para pemimpin wanita pula harus menjadi ejen perubahan kepada masyarakat bagi melahirkan individu wanita yang gigih, kreatif, berdisiplin, ingin maju dan mempunyai keperibadian serta nilai moral yang tinggi. Sifat-sifat ini adalah asas kepada masyarakat yang dinamis.
YB PUAN RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita,
Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan
0 comments:
Post a Comment