SHAH ALAM 4 JUN - Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyeru orang ramai untuk menandatangani petisyen membantah kelewatan projek Hospital Shah Alam yang sehingga kini gagal disiapkan oleh pihak pemaju.

Orang ramai boleh menandatangai petisyen bantahan kelewatan itu melalui online di alamat seperti berikut: http://www.khalidsamad.com atau di  http://www.petisyen.com

Dalam petisyen bantahan itu menyatakan perasaan amat dukacita atas terbengkalainya projek pembinaan Hospital Shah Alam selama satu tahun tanpa adanya penyelesaian hingga ke hari ini.

Semenjak projek ini dihentikan pada Jun 2010, dimaklumkan bahawa ianya akan ditender kembali melalui proses tender terhad di mana kontraktor-kontraktor berwibawa sahaja akan dijemput dan projek ini akan dimulakan kembali paling lewat pada Mac 2011.

“Sekarang, kami dimaklumkan bahawa tender telah pun dipanggil dan sebut harga dari 6 kontraktor yang dijemput telahpun diterima tetapi tender berkenaan dibatalkan dan tender baru akan dipanggil. Ini dengan sendirinya bermakna bahawa projek Hospital Shah Alam akan terbengkalai untuk tempoh paling kurang 10 bulan lagi sebelum ianya dimulakan kembali,” menurut petisyen bantahan itu.

Petisyen bantahan juga menyatakan pemanggilan tender baru akan menyaksikan Hospital ini paling awal disiapkan pada 2015 sedangkan ia sepatutnya siap pada 2011. Bagaimanakah projek yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun boleh tergendala sehingga 8 tahun?.

Kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama tapak projek dewasa ini dalam keadaan terbiar dan telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

“Kami ingin menyatakan bahawa terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya. Beliau telah membenarkan perebutan kontrak di antara kroni serta lebih mengutamakan politik dari perkhidmatan kesihatan untuk rakyat,” katanya.

Tambah petisyen bantahan itu, berterusannya keadaan ini tanpa adanya apa-apa tindakan dari Kerajaan Pusat akan bererti ianya suatu keadaan yang dipandang remeh oleh kerajaan Pusat atau ianya disengajakan sebagai suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.

“Kami yang bertandatangan di bawah ingin menuntut supaya projek ini dimulakan kembali dengan kadar segera. Sekiranya gagal, Menteri Kerja Raya hendaklah meletak jawatan atau beliau dipecat sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri,” menurut petisyen bantahan itu lagi.

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM
01 Jun 2011

Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, MALAYSIA

Y.A.B. Datuk Seri,

PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kami yang bertandatangan di bawah, ingin merakamkan perasaan amat dukacita atas terbengkalainya projek pembinaan Hospital Shah Alam selama satu tahun tanpa adanya penyelesaian hingga ke hari ini.

3. Semenjak projek ini dihentikan pada Jun 2010, kami dimaklumkan bahawa ianya akan ditender kembali melalui proses tender terhad di mana kontraktor-kontraktor berwibawa sahaja akan dijemput dan projek ini akan dimulakan kembali paling lewat pada Mac 2011.

4. Sekarang, kami dimaklumkan bahawa tender telahpun dipanggil dan sebut harga dari 6 kontraktor yang dijemput telahpun diterima tetapi tender berkenaan dibatalkan dan tender baru akan dipanggil. Ini dengan sendirinya bermakna bahawa projek Hospital Shah Alam akan terbengkalai untuk tempoh paling kurang 10 bulan lagi sebelum ianya dimulakan kembali.

5. Pemanggilan tender baru akan menyaksikan Hospital ini paling awal disiapkan pada 2015 sedangkan ia sepatutnya siap pada 2011. Bagaimanakah projek yang sepatutnya mengambil masa 4 tahun boleh tergendala sehingga 8 tahun?.

6. Kelewatan ini bererti warga Shah Alam dinafikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Pusat. Pada masa yang sama tapak projek dewasa ini dalam keadaan terbiar dan telah menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes.

7. Kami ingin menyatakan bahawa terbengkalainya projek ini adalah bukti ketidakmampuan Menteri Kerja Raya. Beliau telah membenarkan perebutan kontrak di antara kroni serta lebih mengutamakan politik dari perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.

8. Berterusannya keadaan ini tanpa adanya apa-apa tindakan dari Kerajaan Pusat akan bererti ianya suatu keadaan yang dipandang remeh oleh kerajaan Pusat atau ianya disengajakan sebagai suatu penderaan terhadap warga Shah Alam.

9. Kami yang bertandatangan di bawah ingin menuntut supaya projek ini dimulakan kembali dengan kadar segera. Sekiranya gagal, Menteri Kerja Raya hendaklah meletak jawatan atau beliau dipecat sebagai Menteri Kerja Raya oleh Perdana Menteri.

SILA TANDATANGAN PETISYEN MEMBANTAH KELEWATAN PROJEK HOSPITAL SHAH ALAM SECARA ONLINE DI PETISYEN.COM

0 comments:

top