Shah Alam 21 Feb, 2010 - Kerajaan Selangor telah menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa yang dilanda bencana alam samada dalam Negeri mahupun luar Negara dalam sebagai sebahagian komitment dan obligasi sosial kerajaan negeri dalam menghulurkan bantuan kemanusian terutamanya bencana alam yang berlaku di negara-negara Asean dan Asia Selatan.
Ini dinyatakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Kerajaan Negeri Selangor dalam satu majlis pengenalan organisasi tersebut yang diadakan di Hotel Carlton Holiday, Shah Alam petang tadi.
Dalam majlis tersebut Persatuan Badan Bertindak Bencana Alam Negeri Selangor (singkatan EHSAN) telah dilancarkan oleh YB Dr. Xavier dalam satu majlis ringkas. Turut serta ialah Dr. Tan Kwee Kwong, pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat dan beberapa orang pemimpin NGO Misi Bantuan Kemanusian seperti PANTAS dan Insaf. Turut hadir adalah beberapa orang pegawai dan wakil-wakil Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Jawatankuasa Penaja EHSAN telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Disember tahun lepas dan masih menunggu kelulusan rasmi dari pihak Pendaftar.
Ujar Dr. Xavier lagi, kerajaan Negeri akan menyediakan dana kepada Ehsan bagi setiap misi yang akan disertai oleh sukarelawan Ehsan. Beliau berharap NGO bantuan kemanusian yang lain seperti Pantas dan Insaf serta lain-lain organisasi dapat menyertai Ehsan dalam misi-misi bantuan di masa hadapan.
Tegas beliau lagi pada peringkat permulaan ini, Ehsan akan dianggotai oleh 35 hingga 50 orang sukarelawan ‘pioneer’ yang akan menjalani beberapa siri latihan bagi memperlengkapkan diri mereka sebelum dihantar menjalankan sesuatu misi tersebut.
Ujarnya lagi Kerajaan Negeri sebelum ini telah terlibat menghantar beberapa buah NGO misi bantuan kemanusian bagi bencana gempa bumi ke Sechuan di China, Pakistan, Palestin dan terbaru ke Padang, Indonesia baru-baru ini.
Dengan penubuhan Ehsan, Kerajaan Negeri berharap dapat menghimpunkan ramai ‘pakar-pakar’ dari berbagai NGO yang aktif dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemanusian dalam melaksanakan misi-misi bantuan dengan lebih efektif, berkesan dan professional.
0 comments:
Post a Comment