Satu Malaysia Rakyat Di Tipu Ekonomi "Palsu"




Kita berpendapat bahawa  kenyataan  Najib Tun Razak terhadap pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus baru-baru ini merupakan satu penipuan ‘terang-terangan’ kerajaan BN kepada rakyat. Pengumunan Najib itu umpama memperbodoh-bodohkan kecerdikan rakyat Malaysia.

Keadaan ini adalah begitu bertentangan dengan kenyataan Datuk Maznah Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia seperti yang dilaporkan oleh Bernama baru-baru ini dimana Maznah melaporkan bahawa jumlah penganggur di Malaysia dari Oktober  2008 sehingga Disember tahun lepas mencatatkan sebanyak 36,000 orang atau 3.6 peratus daripada jumlah penduduk negara.


Kita juga tertarik dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan lantang menyarankan bahawa  pengumuman itu tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini.

Tegas Anwar lagi hakikatnya dengan pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak

Kita berpendapat bahawa Najib tidak bersikap jujur dan telah memutarbelitkan fakta  bahawa ekonomi kita masih belum pulih terutamanya  daripada sektor perkilangan yang terjejas teruk ekoran kekurangan eksport kerana kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat pada 2008.

Kadar penggangguran kita besar kemungkinan menyamai jumlah yang dicatatkan pada krisis ekonomi Asia 1997, sekiranya kita masih terus gagal memulihkan ekonomi kita sepenuhnya.

"Akibat krisis ekonomi melanda di Amerika Syarikat, ramai pekerja-pekerja dari sektor perkilangan elektronik, pembuatan dan perkhidmatan terpaksa diberhentikan kerja secara sementara.

Syarikat-syarikat tempatan terpaksa mengecilkan jumlah pengeluaran kerana permintaan yang kurang.

Kita berpendapat kempen kerajaan BN cuba menonjol-nonjolkan ‘40 orang terkaya bertaraf Billionnaire’ di Malaysia termasuk adik Najib sendiri Datuk Nazri Tun Razak merupakan tindakan ‘damage control’ bagi mengalihkan pandangan rakyat terhadap kegagalan Najib memulihkan ekonomi Negara.

Kita tertarik dengan kenyataan Anwar "Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba."

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (SELPROA)

0 comments:

top