Shah Alam, 23 April 2009 - Pengerusi dan Jawatankuasa PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kinrara, Puchong telah hadir untuk menyampai ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kerana pemberian bantuan sebanyak RM50,000 kepada pihak sekolah untuk menampung kos kerja-kerja tambahan bangunan kelas sekolah tersebut.

Pihak sekolah sangat berbesar hati kerana inilah julung kali sekolah mendapat bantuan sejak kerajaan baru Pakatan Rakyat memerintah.

Kerajaan Negeri baru-baru ini telah menyampaikan bantuan kewangan kepada hampir kesemua 97 PIBG sekolah-sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor.

Bantuan kewngan tersebut diberikan bagi membantu pihak sekolah untuk menampung kos projek pembinaan atau baik pulih bangunan sekolah secara kecil-kecilan, pembelian peralatan dan kerusi meja sekolah.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor

0 comments:

top