Sepang, 9 April 2009 - Kerajaan negeri bercadang untuk mengambil semula kawasan hutan simpan dan tadahan hujan di Damansara dan Hulu Klang yang sebelum ini dirancang untuk pembangunan. Ini adalah sebahagian dari usaha kerajaan untuk mengekalkan alam sekitar dan kawasan hijau di negeri Selangor memandangkan hanya terdapat 30% sahaja kawasan hijau di negeri Selangor yang belum dibangunkan.

Ini telah dinyatakan oleh Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor dalam ucapannya semasa merasmikan Pusat Interperatif Alam Sekitar di Sepang pada 9 April lepas.

Tegasnya lagi semua permohonan pembangunan yang melibatkan kawasan hijau wajib mendapat kelulusan EXCO terlebih dahulu dan semua Pejabat Tanah / Daerah dan PBT harus mendapatkan kelulusan EXCO Negeri sebelum kawasan hutan simpan dan tadahan hujan dibangunkan.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A. kepada Dr. Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top