Penyerahan Kerusi Meja ke Sekolah Tamil

Serdang, 23 April 2009 - YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan 100 buah kerusi dan meja kepada SRJK (Tamil) F.E.S Serdang, Selangor dalam satu acara ringkas yang diadakan di sekolah tersebut. Sekolah berkenaan terletak di dalam kawasan Universiti Putra Malaysia di Serdang.

Terdapat kira-kira 97 buah sekolah tamil seluruh negeri Selangor dan hampir kebanyakannya mempunyai kerusi meja yang telah usang dan rosak.

Setakat ini, 6 buah sekolah Tamil yang 'sangat-sangat memerlukan' telah menerima bantuan tersebut. Selebihnya akan diberikan bantuan secara berperingkat-peringkat.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top