EXCO Turun Padang Menangani Isu Penjaja

Taman Sri Andalas, Klang, 9 April 2009 - YB EXCO Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah bertemu penjaja-penjaja di Jalan Raja Nong, Jalan Kg. Jawa, Klang untuk membincangkan permasalahan mereka.

Kira-kira 7 orang penjaja tersebut menghadapi masalah apabila gagal menjelaskan sewa bulanan yang tertunggak untuk beberapa bulan dengan pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pihak MPK telah mengeluarkan notis kepada mereka disebabkan tunggakan tersebut.

Mereka juga mengadu gerai mereka sering berlaku kecurian.

Mereka juga mengadu terpaksa membayar kadar air yang tinggi disebabkan kesemua penjaja terlibat terpaksa berkongsi satu meter air.

Perjumpaan diadakan disalah sebuah gerai tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Penguatkuasa Penjaja MPK, Pegawai-pegawai dari Pejabat ADUN Seri Andalas, Ahli Majlis MPK dan Ketua Kampung Teluk Menegon.

Dr. Xavier yang juga ADUN Seri Andalas mengatakan bahawa penjaja-penjaja berkenan harus membuat laporan polis di atas kejadian kecurian di gerai mereka agar pihak polis dapat melakukan pemantauan dikawasan tersebut. Manakala berkaitan permasalahan tunggakan sewaan bulanan penjaja dengan pihak MPK, Dr. Xavier mengatakan bahawa beliau akan seterusnya berunding dengan pihak MPK untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top