Ijok, 29 April 2009 -Satu majlis pemberian cek-cek bantuan telah diadakan di pejabat kerja Dato' Menteri Besar di DUN Ijok, Selangor.

Sebanyak 1 cek diberi kepada gereja, 15 cek diberi kepada Tokong Cina, 9 kepada Kuil Hindu (keseluruhan berjumlah RM622,000) dan 39 keping cek diserahkan kepada 39 buah sekolah tamil berjumlah RM164,500.

Ini merupakan fasa ketiga dan terakhir pemberian cek-cek bantuan tersebut. Sebelum ini 2 sesi telah diadakan di Klang dan di Puchong. Pemberian kali ini adalah bagi rumah-rumah ibadat dan sekolah-sekolah Tamil dari kawasan Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Sejumlah RM672,000 telah diberikan kepada rumah Ibadat Selain Islam (jseumlah 127 rumah ibadat) setakat ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor telah menyampaikan cek-cek tersebut dan disertai oleh Dr. Xavier Jayakumar EXCO kerajaan Negeri Selangor, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Ahli-ahli Majlis PBT serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top