SHAH ALAM, 15 OKT: Kedudukan kewangan Kerajaan Selangor diklasfikasikan sebagai “baik” oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM 357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2010.

Kerajaan Negara berjaya meningkatkan simpanan walaupun terus melaksanakan pelbagai program meringankan beban rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air pecuma 20 metre padu dan Jom Shopping.
SHAH ALAM, 15 OKT : Sejumlah RM 5 juta telah diperuntukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk kerja mitigasi banjir yang bakal terjadi disebabkan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang dijangka bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan longkang, penyelenggaran kunci air dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

“Kita juga meminta semua rakyat yang tinggal di kawasan rezab sungai untuk membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.
Rasanya sudah lama tidak mendengar YB Chua Tee Yong 'berkokok' (maaf) tentang isu Talam. Tahu-tahu sahaja pada minggu lepas,  pemilik rumah PKNS telah berdemonstrasi untuk menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor (KNS)  ‘mengambil alih hutang perumahan mereka’. Menurut mereka, kalau KNS boleh ‘mengambil alih hutang Talam’, mengapa KNS tidak boleh ambil alih hutang mereka?

Tatkala mendengar hujah semudah itu, tahulah kita bahawa mungkin YB Chua dan pimpinan BN lainnya telah insert maklumat yang mengelirukan kepada pemilik-pemilik rumah ini. Namun sebenarnya bukanlah susah untuk YB Chua ‘kelentong' pemilik-pemilik rumah ini. Kerana penstrukturan semula hutang Talam merupakan kaedah yang agak kompeks.

Bahkan ianya satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh KNS untuk ‘memaksa’ pihak yang berhutang untuk membayar balik hutang, tanpa melaksanakn pendekatan bailout yang sering diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Justeru, sememangnya mudah untuk pemilik-pemilik perumahan ini di’kelentong’ oleh YB Chua dan konco-konconya.
SHAH ALAM, 15 OKT : Kerajaan Negeri sedang mengkaji kaedah rawatan air yang lebih berkesan dan murah supaya ia tidak perlu membina loji mega Langat 2, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, kaedah alternatif dari Kanada itu menggunakan teknologi membran bagi meningkatkan pengeluaran air dari loji rawatan air yang sedia ada.

Teknologi tersebut akan membolehkan infrastruktur rawatan air di Selangor mengeluarkan air yang cukup untuk masa depan tanpa kenaikan harga kepada pengguna.

“Kos penyediaan rawatan air ini tidak melebihi RM 800 juta berbanding kos pembinaan Langat 2 yang akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion.

“Kaedah baru ini mampu menambah pengeluaran jumlah air terawat sebanyak 1 juta liter sehari iaitu jumlah sama seperti yang disasarkan melalui Langat 2,” katanya.
SHAH ALAM, 14 OKT: Terdapat segelintir Badan Pengurusan Bersama (JMB) pro-Umno-BN yang dikesan sengaja menafikan penduduk pangsapuri mereka perkhidmatan air percuma.

Tindakan yang disifatkan sebagai sabotaj ini dilakukan apabila JMB tersebut tidak menukar meter pukal pangsapuri kepada meter individu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perbuatan itu berkata akhirnya penduduk pangsapuri terlibat menjadi mangsa sikap fanatik JMB tersebut.

“Memang ada kes dalam program lapor dan dapat JMB sengaja tidak mahu berkerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Tak mahu melaporkan sehingga penduduk tidak dapat air percuma, ini memang terbukti ada kes.
SHAH ALAM, 14 OKT: Tindakan sesetengah Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau syarikat pengurusan harta memotong bekalan air kediaman bagi mengutip tunggakan yuran penyelenggaraan dianggap sebagai kejam.

Sebaliknya, JMB atau syarikat pengurusan harta di pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal dinasihatkan agar mengambil tindakan lain berdasarkan peruntukan undang-undang.

Demikian menurut, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

“Sebenarnya JMB mempunyai kuasa-kuasa lain sebab sekarang ini dah ada 30 kes di mana Kerajaan Negeri membantu JMB membawa penduduk yang tak bayar yuran penyelengaraan ke mahkamah.

“Yang disaman banyak lagilah, tetapi bila dah mula bawa kes ke mahkamah, ramai (penghuni) yang bayar (yuran penyelengaraan),” kata Iskandar.
SHAH ALAM, 14 OKT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mendapat nasihat yang betul sekiranya beliau menganggap pengambilan tanah Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat akan membolehkan projek loji Langat 2 diteruskan.

Sebaliknya dalam isu tersebut, isu pengambilan tanah oleh Kerajaan Pusat bukanlah isu utama, tetapi kelulusan untuk membina sebarang struktur di dalam Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Demikian reaksi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah yang juga merupakan pengamal perundangan negara berhubung kenyataan terbaru Muhyiddin mengenai projek Langat 2.

“TPM mungkin tidak dinasihatkan dengan baik, isunya bukan pengambilan tanah, tetapi kelulusan merancang itu mesti datang dari kerajaan negeri di bawah Akta Perangcangan Bandar dan Desa di mana, mana-mana pihak tak boleh membangunkan apa-apa struktur binaan tanpa kelulusan Kerajaan Negeri,” kata beliau.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri di Johor Baharu semalam bahawa Kerajaan Persekutuan akan meneruskan Projek Langat 2 walaupun tidak mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Selangor akan memburukkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan berkeras untuk meneruskan projek tersebut walaupun ia tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan atau bertentangan dengan rancangan tempatan yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri.

“Dengan keputusan itu, isu air di Selangor tidak akan hanya menjadi isu negeri atau isu kebangsaan tetapi akan menjadi isu antarabangsa,” kata Exco Kerajaan Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, apabila sebuah kerajaan dengan sewenang-wenangnya enggan menghormati undang-undang negara ia akan memberi mesej yang salah kepada masyarakat antrabangsa.

Menurutnya, Pelabur-pelabur tidak akan berani lagi melabur di negara kita kerana tidak ada kepastian bahawa sebarang kontrak yang ditandatangani akan dihormati.
top