Showing posts with label Hutang Talam. Show all posts
Showing posts with label Hutang Talam. Show all posts

Talam: Kalau Penakut, Jangan Marah Orang Berani!

Rasanya sudah lama tidak mendengar YB Chua Tee Yong 'berkokok' (maaf) tentang isu Talam. Tahu-tahu sahaja pada minggu lepas,  pemilik rumah PKNS telah berdemonstrasi untuk menuntut agar Kerajaan Negeri Selangor (KNS)  ‘mengambil alih hutang perumahan mereka’. Menurut mereka, kalau KNS boleh ‘mengambil alih hutang Talam’, mengapa KNS tidak boleh ambil alih hutang mereka?

Tatkala mendengar hujah semudah itu, tahulah kita bahawa mungkin YB Chua dan pimpinan BN lainnya telah insert maklumat yang mengelirukan kepada pemilik-pemilik rumah ini. Namun sebenarnya bukanlah susah untuk YB Chua ‘kelentong' pemilik-pemilik rumah ini. Kerana penstrukturan semula hutang Talam merupakan kaedah yang agak kompeks.

Bahkan ianya satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh KNS untuk ‘memaksa’ pihak yang berhutang untuk membayar balik hutang, tanpa melaksanakn pendekatan bailout yang sering diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini. Justeru, sememangnya mudah untuk pemilik-pemilik perumahan ini di’kelentong’ oleh YB Chua dan konco-konconya.

Ada Apa Dengan Hutang Talam



SHAH ALAM, 18 SEPT: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berbincang mengenai isu pembangunan negeri atau pengubalan dasar.

Manakala penerangan mengenai proses teknikal kutipan hutang syarikat Talam Corporation (Talam) telah dipertugaskan kepada empat wakil rakyat yang dilantik kerajaan negeri.

Tambahnya, beliau hanya akan mempertimbangkan perbincangan secara profesional dengan pemimpin MCA Datuk Chua Tee Yong sekiranya dia memohon maaf kerana menuduh Kerajaan Negeri “bailout” Talam sebanyak RM1 billion.

Menurut satu kenyataan Pejabat Menteri Besar itu hari ini, tuduhan Tee Yong dibuktikan tidak benar apabila firma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) mendapati proses kutipan hutang itu bukan satu bailout.

Malah KPMG mendapati usaha kutipan Talam itu sebanyak RM 392 juta adalah keputusan munasabah dan bijak.

Selangor Kutip Hutang, Bukan “Bailout” Talam

SHAH ALAM, 4 SEPT: Laporan firma audit, KPMG Transaction Restructuring Sdn Bhd (KPMG) mendapati keputusan Kerajaan Selangor mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Talam Corporation (Talam) sebagai satu keputusan komersil yang baik.

KPMG juga berkata usaha mengutip hutang itu bukan satu tindakan “bailout” di mana kerajaan negeri menggunakan duit rakyat untuk menyelamatkan sebuah syarikat daripada runtuh.

Laporan tersebut adalah bukti terkini yang menyangkal kritikan pemimpin Umno-BN terhadap proses pengutipan Talam itu yang mereka mendakwa satu “bailout”.

Sebaliknya dalam isu ini, Talam merupakan pihak yang perlu membayar setiap sen dari hutangnya kepada kerajaan negeri tanpa sebarang pengecualian.

Hutang tersebut merupakan hutang yang gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri ketika di bawah pentadbiran Umno-BN.
top