Selangor Tubuh Majlis Anti Pemerdagangan Manusia

SHAH ALAM, 10 Jan - Selangor menjadi negeri pertama yang menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia (MAPMAS) yang dirangka secara bersistem bagi memerangi penjenayah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa kini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kewujudan MAPMAS ini adalah lanjutan daripada usaha gigih kerajaan negeri memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang dilihat bukan sahaja tidak berhati perut, lantaran terpesona dengan ganjaran yang lumayan.

MAPMAS dibentuk inisiatif kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita berkerjasama dengan beberapa portpolio kerajaan negeri yang lain bersetuju mewujudkan agensi berkenaan.

Justeru, MAPMAS mengambil pendekatan secara kolektif dalam hal ini dan kewujudan MAPMAS juga adalah bukti komitmen kerajaan negeri yang tidak berbelah bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.

“Hari ini kita berjaya menubuhkan satu majlis yang saya rasa sudah lama kita tubuhkan kerana kita rasa perkara ini bukan satu perkara baru dan bukan perkara yang boleh biarkan,” katanya.

Khalid dalam ucapannya turut menjelaskan MAPMAS juga adalah satu makanisme penyelamat rakyat, khususnya generasi pewaris Selangor daripada kemusnahan ekonomi dan keselamatan yang berpunca daripada jenayah pemerdangan manusia ini.

Selain itu, Khalid juga menjelaskan dengan usaha MAPMAS ini juga membantu Selangor untuk lebih maju, ini kerana pemerdagangan manusia bukan sahaja menghapuskan maruah, masa depan dan kesihatan mangsanya tetapi ia juga menjejaskan ekonomi dan peluang pekerjaan rakyat tempatan.

“Negeri Selangor akan lebih membawa keuntungan jika kita lebih menjaga maruah mereka di mana jika mereka dapat bekerja mereka akan lebih bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat lagi dan mereka juga akan mengunakan dana yang diperolehi (gaji) untuk pembangunan diri dan keluarga selain membawa keselesaan kepada masyarakat.

“Jadi saya minta hari ini kita sama-sama membenteras jenayah kemanusia ini,” katanya.

Turut hadir, Exco Selangor, Rodziah Ismail, Halimah Ali, Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Pengerusi Jaawatankuasa Bertindak MAPMAS, Dr Irene Fernandez.

Pengerusi Jawatankuasa MAPMAS, Rodziah Ismail dalam ucapannya berkata, MAPMAS menjadi agenda utama kerajaan negeri kerana ia merupakan jenayah antara sempadan kedua terbesar selepas penyeludupan dadah.

“Kita juga serius memeranginya kerana insiden pemerdangan manusia ini sebahagian besarnya berlaku di negeri Selangor,” gesanya.

Jawatankuasa Bertindak MAPMAS ini akan beroperasi melaksanakan pelan tindakan yang merangkumi penyeliaan proses pengendalian kes-kes pemerdangangan manusia, penubuhan Hotline, Pusat Sehenti dan pusat-pusat diperingkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menguatkuasa dan pendakwaan yang berkesan terhadap penjenayah pemerdangangan manusia.

Tambahnya lagi, Jenayah Pemerdangana manusia ini hanya akan berkesan dengan penglibatan semua masyarakat yang celik dan prihatin untuk bersama-sama merealisasikan misi keadilan dan kemanusian.

Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor yang juga melancarkan Piagam Anti Pemerdangan Manusia dengan menandatangani komitmen Kerajaan Selangor dalam membanteras pemerdaganagan manusia.

Turut dilancarkan, talian hotline MAPMAS di talian 03-55190600

Hotline MAPMAS 03-55190600
Isnin-Jumaat 8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu-Ahad 9:00 pagi – 5:00 petang

0 comments:

top