Pada 24 Januari 2011 yang lepas, YB Dr Xavier Jayakumar telah mengadakan satu program pemberian buah limau di Taman Sentosa Klang.

Program pemberian limau kepada orang ramai tersebut adalah bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 3 dan 4 Februari ini. Turut membantu YB Dr Xavier dalam mengagihkan buah-buah limau tersebut adalah kakitangan dari pejabat DUN Seri Andalas serta para sukarelawan.

Seperti tahun-tahun lepas, program ini disambut baik oleh orang ramai. Akhbar-akhbar dari tiga bahasa mengenai berita semasa Kerajaan Negeri Selangor dan pamplet mengenai skim TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) dan MUES (Skim Mesra Usia Emas Selangor) turut diedarkan kepada orang ramai.


Satu lagi program pemberian buah limau akan diadakan hari Sabtu ini di pasar pagi, Taman Klang Jaya.  














0 comments:

top