Shanghai, China 5 Julai, 2010 - Satu majlis dialog telah diadakan di antara Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan Malaysian Chinese Chamber Of Commerce (Shanghai Chapter) yang berlangsung di Hotel Renaissance, Shanghai, China.
Dalam majlis tersebut Kerajaan Selangor diwakili oleh YB Dr. Xavier Jayakumar dan YB Elizabeth Wong dan turut disertai oleh wakil-wakil dari Selangor State Investment Centre (SSIC) dan Tourism Selangor.
Dalam sesi dialog tersebut kedua-dua ahli Exco telah memperincikan misi pelaburan bertujuan menarik pelabur dari China untuk melabur terutamanya di Selangor.
Hadirin juga diberikan penerangan berhubung dengan beberapa bentuk insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor kepada pelabur-pelabur yang berminat melabur di sini.

Rombongan Exco telah berada di Shanghai sempena Expo Shanghai 2010 bermula dari 2 hingga 7 Julai ini.
Sebelum ini, pada 3 Julai 2010 rombongan Exco telah menghadiri Forum bertajuk "Towards A Low-Carbon City: Environmental Protection and Urban Responsibilities" yang berlangsung di Purple Palace, Nanjing kira-kira 500 km dari bandaraya Shanghai.
0 comments:
Post a Comment