Bunuh Pembantu Rumah Indon, Lelaki Dihukum Mati

Seorang peniaga pasar malam, A Murugan, 36, dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Muntik Bani, Oktober lalu.

Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas tertuduh.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata pembelaan diri Murugan adalah penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai.

Seramai 50 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Murugan didakwa membunuh Muntik, 36, di rumah No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 hingga 20 Oktober tahun lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top