Sekolah Tamil Gesa Tubuh Lembaga Detektif

Shah Alam - Sekolah Tamil di negeri ini digesa mewujudkan Lembaga Detektif bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan demi kepentingan murid dan sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika bermesyuarat dengan wakil sekolah Tamil di Dewan Annex, Bangunan SUK, kelmarin.

Katanya, selama ini sekolah Tamil bergantung kepada bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi dengan penubuhan Lembaga Detektif ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan.

"Pendidikan amat penting untuk masyarakat India keluar daripada kepompong kemiskinan dan dapat mencari pekerjaan yang baik."

"Pada masa ini sebanyak 65 peratus anak orang India dihantar ke sekolah Tamil dan sebanyak 45 peratus anak-anak India tidak dihantar ke prasekolah. Kebanyakan mereka tidak mampu untuk membayar kos pembelajaran tersebut," katanya.

Menurut beliau, walaupun ada dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar tetapi kebanyakannya tidak mampu untuk menghantar anak ke prasekolah.

Berikutan itu, beliau akan menubuhkan lebih kurang 10 sekolah untuk pendidikan prasekolah khususnya di kawasan taman perumahan dan estet.


Sumber Berita: Sinar Harian, 22 Julai 2009, S4


0 comments:

top