Kelas Innai dan Ikat Sari Kedua DUN Seri Andalas

Kelas kedua program mengikat sari dan innai di Pejabat DUN Seri Andalas dari jam 9 pagi hingga 1 petang. Terima kasih kepada Ms Usha Ranjani Sinniah dan Ms Sri Mahalekshumy Maha.










Klang, 27November 2014, YB Dr. Xavier Jayakumar menyampaikan sumbangan untuk program belia - Program Explorezania 2014 ke Lost World of Tambun.


Hari Pementasan Bahasa

Klang, 26 November 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada petang ini menghadiri Hari Pementasan Bahasa di Dewan Dato' Hamzah Klang.







Shah Alam, 23 November 2014 - Menghadiri Program Meraikan Anak-anak Yatim dari Kaum India di kawasan Perindustrian Subang Utama, Shah Alam anjuran sebuah kilang perindustrian yang prihatin. Moga lebih ramai lagi tokoh-tokoh korporat tampil membantu menceriakan mereka yang kurang bernasib baik.





Kg. Jawa, 23 November 2014 - YB Dr. Xavier, ADUN Seri Andalas di Program JOM SHOPPING TAWAS untuk anak-anak Selangor yang akan ke Tahun Satu 2015. Program anjuran Yayasan Anak Selangor di pasaraya Econsave Kg. Jawa. 

Seramai 2,000 kanak-kanak dari DUN Seri Andalas, Sri Muda, Batu Tiga & Kota Anggerik hadir menerima Baucar RM50 untuk dibelanjakan.





Taman Sentosa, Klang, 23 November 2014 - YB Dr. Xavier, ADUN Seri Andalas di Program Gotong Royong di kawasan Jalan Laksamana 10, Taman Sentosa anjuran Pejabat DUN Ser Andalas. Turut serta YB Dr. Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, Ahli Majlis Zon 49A, Encik PS Rajoo, wakil-wakil dari Jabatan Korporat, Jabatan Kesihatan & Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK serta kontraktor kawasan. 

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini, khususnya anak-anak muda dari Kolej MySkill yg turut menyumbang bakti.







Sungai Kandis, 23 November 2014 - Menghadiri majlis berkhatan anjuran Ahli Majlis MBSA Zon 15 di Dewan MBSA Kg. Sg. Kandis.



Klang, 16 November 2014 - Kejohanan Badminton Piala YB Dr. Xavier Jayakumar yang berlangsung selama dua hari sampai ke penghujungnya dan majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar di Dewan Sukan Sri Andalas, Klang.





Klang, 16 November 2014 - Kelas penerangan menghasilkan apron menggunakan banner terpakai diadakan di Pejabat DUN Seri Andalas pada pagi ini.




Dusun Tua, 15 November 2014 - YB Dr. Xavier Jayakumar menghadiri jemputan Majlis Deepavali Dusun Tua anjuran ADUN Dusun Tua, YB Hj Razaly.









Klang, 15 November 2014 - Kelas menghasilkan mallai telah diteruskan pada hari ini di Pejabat ADUN Seri Andalas. Program ini diadakan untuk membantu para wanita menjana pendapatan.





top