Klang, 12 Julai 2009 - Satu majlis perkahwinan anak perempuan YB Dr Xavier Jayakumar dan Puan Sheila Devaraj telah diadakan di Dewan Hamzah, Klang pada hari ini.

Antara yang kelihatan hadir ialah Yang Di Pertua- yang di pertua MBPJ, MPK, MPSJ, MPS serta Pegawai-pegawai Daerah Klang, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Juga kelihatan adalah ADUN / Ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya YB Amiruddin Shari (Batu Caves), YB Shuhaimi Shafiei (Sri Muda), YB Muthiah (Bukit Melawati), YB Philip Tan (Teluk Datuk), YB Edward Lee (Bukit Gasing), YB Manoharan (Kota Alam Shah), YB Dr Nasir Hashim (Kota Damansara) dan YB Lee Kim Sin (Kajang).

Ahli Parlimen yang hadir pula ialah YB Abdullah Sani (Kuala Langat), YB Gobind Deo (Puchong) dan YB Sivarasa Rasiah (Subang) serta YB Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan).

Turut kelihatan ialah Dr Rosnah Hadis, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Puan Elya Marlini, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral UPEN.

Juga kelihatan ialah YB Yaakob Sapari, EXCO Negeri Selangor dan Puan Haniza Talha, Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor.

Juga turut hadir ialah beberapa orang ahli-ahli Majlis PBT, Ketua-ketua Cabang PKR dan PAS serta pemimpin-pemimpin NGO yang lain.


Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top