Kenyataan Media 6 Julai 2009

"Seminar Masa Depan Penjagaan Kesihatan Di Malaysia"


Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajan Negeri Selangor akan mengadakan sebuah Seminar bertajuk "Masa Depan Penjagaan Kesihatan di Malaysia" yang dijadualkan perasmiannya oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saya berharap Tuan / Puan wakil media dapat mewar-warkan dan akan turut serta membuat liputan Seminar sehari tersebut pada Sabtu 18 Julai 2009 bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya.

Seminar yang turut merangkumi bengkel kerja ini bertujuan memberi input-input terkini dan tambahan terhadap perubahan ketara dalam industri penjagaan kesihatan (health care) di Malaysia masa kini. Peserta-peserta akan diberi penerangan mutakhir berkaitan isu-isu melibatkan penjagaan kesihatan. Mereka juga dapat menjadikan seminar ini sebagai platform untuk memberikan input mereka terhadap isu tersebut.

Kita membawa 3 orang tokoh terkemuka sebagai Panel seminar tersebut. Mereka bukan sahaja merupakan pihak pengguna kepada sistem penjagaan kesihatan di negeri ini tetapi mereka juga terlibat dalam aspek penyampaian, pentadbiran dan penyelidikan dalam sistem kesihatan negara kita.

Panel Pertama kita ialah Dr Steven Chow, Presiden Federation of Private Medical Practitioners' Association, Malaysia seorang pengamal 'dermatologist' yang komited. Berusia dalam lingkungan lima puluhan, beliau sangat dikenali dalam bidang perubatan di Malaysia. Beliau akan membentang kertas kerja berkaitan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia di samping akan berkongsi 3 abad pengalaman beliau dalam bidang klinikal dan aspek-aspek penyampaian dalam penjagaan kesihatan.

Penyampai kedua kita ialah Dr Subramaniam Pillay yang cenderung dalam ekonomi kesihatan (health economics) dan juga seorang yang tidak asing dalam senario tanah air. Beliau adalah 'Associate Professor in International France in the University of Nothingham, Malaysia. Beliau akan membentangkan kertas bertajuk 'Kewangan Melibatkan Kesihatan.'

Penyampai ketiga akan membicarakan kertas bertajuk 'The Changing Landscape' yang akan disampaikan oleh tidak lain dan tidak bukan YB Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput. Beliau adalah salah seorang jawatankuasa yang begitu aktif dalam Gabungan Membantah Penswastaan Penjagaan Kesihatan di Malaysia.

Aspek yang paling penting dalam seminar ini ialah penyertaan secara aktif peserta-peserta dari kalangan masyarakat sivil. Kita berharap mereka akan menggunakan maklumat-maklumat yang diterima dari seminar dan workshop ini bagi menasihati dan membimbing kerajaan dalam merangka polisi dan dasar-dasar yang melibatkan isu-isu penjagaan kesihatan negara.

Lantaran itu kita mempunyai ramai kalangan yang berkepentingan dalam isu-isu melibatkan penjagaan kesihatan yang terdiri NGO, organisasi-organisasi yang terlibat dalam penjagaan kesihatan, badan-badan professional, anggota-anggota dan aktivis masyarakat dan kalangan ahli-ahli politik yang akan hadir ke seminar tersebut.

Akhir sekali saya berharap kerjasama pihak akhbar dan media agar turut menyebarkan maklumat ini kepada orang ramai disamping dapat membuat liputan seminar ini.


Sekian, terima kasih.

YB Dr Xavier Jayakumar
Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan
Kerajaan Negeri Selangor



Foto YB Dr Xavier Jayakumar bersama YB Dr Cheah Wing Yin, Pembantu EXCO (merangkap Adun Damansara Utama) yang juga merupakan koordinator Seminar yang hadir dalam sidang media.







0 comments:

top