RM1.6 juta Naik Taraf Sekolah Tamil

Shah Alam - Kerajaan Negeri menyarankan pentadbiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menubuhkan Lembaga Pengelola Sekolah dalam usaha memantapkan pengurusan sekolah berkenaan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, ini berikutan kebanyakan sekolah-sekolah Tamil di negeri ini tidak mempunyai lembaga berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada guru besar dan ahli Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Tamil pada bermesyuarat dengan wakil, guru besar dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah Tamil di Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Mesyuarat yang selain membincangkan pelbagai isu melibatkan masalah yang dihadapi sekolah-sekolah jenis itu di negeri ini itu juga turut membincangkan mengenai cadangan pembinaan tadika dan beberapa program lain bagi memantapkan fungsi sekolah Tamil.

Dr Xavier berkata, sebanyak RM1.6 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf dan pembangunan sekolah Tamil.


Sumber Berita: Sinar Harian, 22 Julai 2009, S29




0 comments:

top