Program MES Ringankan Beban

Xavier berkata, kerajaan negeri telah menaikkan bantuan kepada keluarga miskin di negeri ini pada sebanyak RM1,500 sebulan bagi seisi keluarga dan menetapkan keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM1,500 dikategorikan sebagai golongan miskin.

"Selain itu usaha menangani kemiskinan memerlukan pendekatan yang mantap dan "hands-on" bagi mengatasi masalah ini hingga ke peringkat akar umbi. Kemajuan ekonomi yang dicapai tidak akan memberi makna jika masih terdapat rakyat negeri Selangor yang masih hidup dalam serba kekurangan dan dibelenggu kemiskinan."

"Bahkan, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) turut dilaksanakan dengan pendekatan menjaga hal kebajikan rakyat negeri Selangor tanpa mengambil kira status kaum, agama, usia dan fahaman politik," katanya.

Beliau berkata, program tersebut bertujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat khususnya bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Malah, kerajaan negeri melalui Program MES turut memberi bantuan yuran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institut pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi pelajar miskin di negeri ini.


Sumber Berita; Sinar Harian, 14 Julai 2009, S3



0 comments:

top