Jawatankuasa Baru Kaji Elaun

Semenyih - Satu jawatankuasa baru ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan elaun yang disalurkan kepada ketua kampung sama ada mencukupi atau sebaliknya dan di tambah sekiranya perlu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar banyak menerima aduan daripada ketua kampung bahawa perbelanjaan yang digunakan tinggi tetapi elaun tidak mencukupi.

Menurutnya, sehubungan itu mereka telah menubuhkan satu jawatankuasa baru iaitu Jawatankuasa Penilaian Ketua Kampung bagi mengkaji semula elaun yang diberikan kepada mereka.

"Apabila jawatankuasa itu ditubuhkan, maka siasatan dan perbincangan akan dilakukan untuk meneliti keperluan sama ada elaun ketua kampung perlu ditambah atau tidak," katanya kepada Sinar Harian di sini."

Xavier berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah salah satu mekanisme bagi membantu ketua kampung dalam mengatasi masalah kekurangan elaun kini dan bajet yang diberikan tahun ini juga tidak mencukupi.

Beliau berkata, perbincangan akan dilakukan untuk meningkatkan bajet supaya lebih tinggi daripada sedia ada dan kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diperoleh terlebih dahulu.


Sumber Berita: Sinar Harian, 8 Julai 2009, S25


0 comments:

top