Persidangan Kuil-kuil di Negeri Selangor

Shah Alam, 26 Julai 2009 - Persidangan Kuil-kuil di Negeri Selangor telah diadakan di Bangunan Annex, SUK Shah Alam. Program ini telah dikendalikan oleh Malaysia Hindu Sangam Cawangan Selangor dan telah ditaja oleh YB Dr Xavier Jayakumar melalui Kerajaan Negeri Selangor.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penekanan bahawa Kuil bukan sahaja tempat untuk sembahyang, malah tempat untuk mendidik anak-anak tentang kebudayaan, tradisi dan memberi bantuan kepada keluarga yang kurang berada.

YB Dr Xavier juga menegaskan bahawa satu Jawatankuasa perlu ditubuhkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh pihak kuil, khususnya masalah tanah. Oleh itu, satu Jawatankuasa yang akan dikelolakan oleh Malaysia Hindu Sangam dengan bantuan pihak kerajaan negeri ditubuhkan dalam persidangan tersebut. Dengan ini, pihak kuil dapat mengemukakan masalah mereka kepada Jawatankuasa ini yang bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri.

0 comments:

top