Klang, 28 Julai 2009 - Dengan kerjasama pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), YB Dr Xavier Jayakumar telah menganjurkan Lawatan Pasukan Bolasepak Selangor ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima di Taman Sri Andalas, Klang.

Ini adalah lawatan pertama Pasukan Bolasepak Selangor ke sebuah sekolah Tamil. Sekolah ini adalah sekolah Tamil yang terbesar di Malaysia.

Dalam majlis lawatan tersebut, YB Dr Xavier menyumbang 100 tiket bagi perlawanan Selangor menentang Persib FC dari Indonesia kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Turut menerima tiket perlawanan tersebut adalah 4 buah sekolah rendah berhampiran, iaitu SK Taman Sri Andalas, SK Taman Klang Jaya, SK Kampung Jawa 1 dan SK Teluk Menegun. Setiap sekolah tersebut menerima 50 tiket.

Pelajar-pelajar begitu teruja melihat kunjungan pemain-pemain handalan kegemaran mereka seperti Amri Yahya, D Surendran, Safee Sali dan Hardi Jaafar datang ke sekolah mereka.

Dilaporkan oleh,
Jestin Raj
Pegawai Khas YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

0 comments:

top