PETALING JAYA 11 Jan - Sikap tidak bertanggungjawab pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional bakal menokok RM83 bilion hutang baru melalui penjualan 29 bon.

Menurut Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim hutang baru kerajaan persekutuan bakal melonjak daripada paras RM362.39 bilion atau 53.7 peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) kepada RM445.39 bilion. 

Sambil menyelar sikap hipokrit Najib menuduh Program 100 hari Pakatan Rakyat yang bakal dilaksanakan apabila menubuhkan kerajaan pusat yang baru kelak selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sebagai 'tidak bertanggungjawab' serta 'membankarpkan negara', Anwar berkata penambahan beban baru negara adalah malapetaka hebat yang menimpa Malaysia.

"Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.
SHAH ALAM 11 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.
SHAH ALAM 11 JAN: Tindakan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie tidak hadir bagi siasatan di IPD Shah Alam hari ini kerana polis gagal melaksanakan prosedur dan notis dibawah seksyen 111 kanun tatacara jenayah.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu hadir menyatakan sokongan kepada Shuhaimi dan memberi penjelasan kepada media mengapa Shuhaimi tidak hadir hari ini.

"Saya harap polis tidak melibatkan diri dalam isu-isu politik. Polis harus bertindak profesional, menjaga keselamatan masyarakat, itu adalah 'priority' polis dan saya masih ingat IGP baru yang dilantik mengatakan 'priority' adalah keselamatan orang awam. Perkara yang melibatkan YB Shuhaimi tidak ada apa-apa kaitan dengan keselamatan awam," kata beliau.

Beliau seterusnya berkata, beliau dan rakan-rakan sepejuangan hanya akan bersetuju untuk menasihati Shuhaimi agar menghadirkan diri ke balai polis sekiranya polis mengeluarkan arahan di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah dan keputusan ini diambil setelah berbincang dengan para peguam PKR.

Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah memberikan kuasa kepada mana-mana anggota polis yang menyiasat sesuatu kes untuk mengarahkan mana-mana individu untuk hadir memberikan keterangan di hadapan anggota tersebut dan arahan perlu diberikan secara bertulis kepada individu berkenaan.

Selangor Tubuh Majlis Anti Pemerdagangan Manusia

SHAH ALAM, 10 Jan - Selangor menjadi negeri pertama yang menubuhkan Majlis Anti Pemerdagangan Manusia (MAPMAS) yang dirangka secara bersistem bagi memerangi penjenayah pemerdagangan manusia yang semakin berleluasa kini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kewujudan MAPMAS ini adalah lanjutan daripada usaha gigih kerajaan negeri memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang dilihat bukan sahaja tidak berhati perut, lantaran terpesona dengan ganjaran yang lumayan.

MAPMAS dibentuk inisiatif kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita berkerjasama dengan beberapa portpolio kerajaan negeri yang lain bersetuju mewujudkan agensi berkenaan.

Justeru, MAPMAS mengambil pendekatan secara kolektif dalam hal ini dan kewujudan MAPMAS juga adalah bukti komitmen kerajaan negeri yang tidak berbelah bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.

“Hari ini kita berjaya menubuhkan satu majlis yang saya rasa sudah lama kita tubuhkan kerana kita rasa perkara ini bukan satu perkara baru dan bukan perkara yang boleh biarkan,” katanya.

PKR Umum Senarai MPN Baru

KELANA JAYA, 9 Jan – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 – 2013.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.

Jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang kosong selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti November tahun lalu diisi oleh Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad, manakala jawatan PPN Sabah pula yang dikosongkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menubuhkan parti baru, Barisan Bersatu Sabah (UBF) akan diisi oleh Timbalan Angkatan Muda keadilan (AMK) Sabah, Pajuddin Nordin.

Empat MPN juga turut memperlihatkan muka baru iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dilantik menjadi PPN Kedah menggantikan Ahmad Kasim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

SU MB 'Sgor: Fakta Pelantikan SUK diputarbelit

Kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Pejabat ADUN Sri Muda disimbah Cat Merah

Pejabat ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafieidi - yang dilanda kontroversi tulisan di blog yang dianggap sesetengah pihak sebagai menghina Sultan Selangor - disimbah cat merah awal pagi ini.azmizam zaman huri 161110Menurut pembantu khasnya Azmizam Zaman Huri, cat merah memenuhi pintu depan pejabat tersebut di Kota Kemuning, dekat Kota Raja, dikesan kira-kira jam 6 pagi tadi oleh seorang kakitangan pejabat yang bermalam di situ.

"Bagaimanapun kita tidak nampak orang (yang disyaki) sekitar kawasan ini," katanya.

Azmizam (kanan) yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata, pihak pejabat kemudiannya membuat panggilan telefon memaklumkan kepada pihak polis.

"Kira-kira jam 8 pagi pihak polis tiba dan membuat garisan kuning di sini. Kita tunggulah hasil siasatan. Di sini pun ada CCTV (kamera litar tertutup)," kata Azmizam.

Selangor Tawar RM9b Ambil Alih Aset Konsesi Air

Kerajaan Selangor telah mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.
 
Tan Sri Khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 02Tawaran itu bagi membeli saham Puncak Niaga pada nilai RM64.62 sesaham, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan nilai RM20.78 sesaham, Abass Sdn Berhad RM9.39 sesaham dan dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan nilai. RM5.95 sesaham.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (tiga dari kiri) berkata, pengambilalihan itu meliputi semua aset dan liabiliti syarikat.

"Kerajaan Selangor berpendapat tawaran ini adil dan wajar untuk pengambilaihan syarikat sejajar dengan komitmen kami untuk mengambilalih semua aset dan tanggungjawab syarikat.

"Ia juga akan memberi pulangan yang adil kepada pemegang-pemegang saham dalam syarikat terlibat," katanya.
top