MBSA Catat Kes Denggi Tertinggi Di Selangor

SHAH ALAM, 16 NOV -  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumlah kes denggi yang paling tinggi di Selangor iaitu 2,295 setakat 28 Oktober lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja-pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatat 1,733 kes denggi pada tempoh yang sama diikuti Majlis Perbandaran Klang (1,733 kes), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) (1,581 kes), Majlis Perbandaran Kajang (1,408 kes), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) (1,116 kes) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) (708 kes).
Ladang Tumbuk adalah dimiliki oleh  Syarikat  Maika Holding Berhad (anak syarikat milik MIC)  dan bekas  pekerja-pekerja ladang tersebut memerlukan rumah kediaman seperti yang dijanjikan.

Pada 12hb September 2009, Exco Negeri Selangor YB Dr Xavier Jayakumar  telah melawat ke Ladang Tumbuk  dan pekerja-pekerja menyerahkan sebuah memorandum.

Dalam memorandum tersebut mengandungi beberapa perkara penting seperti masalah perumahan yang dihadapi oleh para pekerja Ladang Tumbuk.


Anwar Isytihar Perang Pertahan Selangor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar Kini Penasihat Ekonomi Selangor

Menteri besar Selangor mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan.

Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.


Kerajaan negeri dibawah Program Kerajaan Prihatin tidak pernah membezakan dan mengambil kira faktor bangsa, agama dan kaum dalam menyalurkan sebarang bentuk bantuan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata isu perbezaan kaum tidak timbul kerana bantuan yang diberikan samarata.

Terutamanya dalam menangani permasalahan penempatan dikalangan mereka yang tidak berkemampuan dalam memiliki kediaman yang selesa untuk didiami.

TEK UCAPAN 
YB DR XAVIER JAYAKUMAR SEMASA SESI PENGULUNGGAN DEWAN NEGERI SELANGOR PADA JUMAAT 20 NOVEMBER 2009

Terkini kita sedar bahawa ekoran dari kemelesetan ekonomi global yang melanda maka berlakulah peningkatan kadar Kemiskinan Bandar ( dengan izin urban poverty) di seluruh negara lebih-lebih lagi di Negeri Selangor.

Kita mendapat “feedback” (dengan izin) bahawa begitu ramai dari golongan ini telah datang ke pejabat-
Yang Berhormat Dun Sungai Burong telah membangkitkan isu tanah sekolah Tamil Midlands yang menyalahkan kerajaan Pakatan menjual tanah sekolah Tamil di I-CITY. Untuk makluman tuan-tuan sekalian, kerajaan Pakatan lebih prihatin dan menitikbaratkan maslah-masalah yamg dihadapi oleh  masyarakat ladang. Itulah sebab kerajaan bercadang membina sebuah sekolah Tamil yang moden dan serba canggih di tapak di mana sekolah Tamil sedia ada. Ini akan memudahkan ibu bapa dan anak-anak berulang alik ke sekolah yang dekat dengan kediaman mereka.


Ucapan Penggulungan

Terkini kita sedar bahawa ekoran dari kemelesetan ekonomi global yang melanda maka berlakulah peningkatan kadar Kemiskinan Bandar ( dengan izin urban poverty) di seluruh negara lebih-lebih lagi di Negeri Selangor.

Kita mendapat “feedback” (dengan izin) bahawa begitu ramai dari golongan ini telah datang ke pejabat pejabat Adun di seluruh negeri Selangor untuk memohon bagi mendapatkan bantuan makanan, sarahidup serta mencari peluang-peluang pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga mereka.  Keadaan ini begitu “ alarming” dengan izin) kerana sekiranya kita tidak dapat mengawal serta membendongnya secara ianya akan meningkatkan lagi kadar gejala sosial dan jenayah di Negeri ini.
top